Selasa lepas saya ke Kampung Tambulaong yang terletak di Daerah Tuaran. Tujuan ke sana adalah atas urusan kerja iaitu membuat siasatan permohonan projek paip graviti untuk penduduk kampung. Atas jemputan tuan JKKK Kg. Tambuloang Tuan Kungin Lout, saya dan rakan sekerja singgah di dusun buah-buahan miliknya.
Memandangkan sekarang musim buah-buahan hampir di setiap daerah di Sabah, daerah Tuaran tidak terkecuali khususnya di Kampung Tambulaong ini. Mengikut pandangan mata kasar saya, kawasan perkampungan ini sangat subur kerana banyak pokok buah-buahan ditanam dan berbuah dengan banyak.
Pokok rambutan antara pokok yang banyak dengan buahnya berwarna merah dan kuning masak ranum. Selain itu, terdapat buah manggis, tarap, durian dan beberapa buah-buahan lain.
Saya suka makan buah rambutan di sana. Buah rambutannya ada dua jenis iaitu rambutan kelapa berwarna merah dan kuning dan rambutan tanpa biji bewarna merah. Rambutan tanpa biji rasanya sedikit masam.
Nasib kurang baik kerana musim durian di kampung ini menghampiri penghujungnya. Jadi, tak merasalah buah durian di sini.
Menurut tuan Pengerusi JKKK, buah-buahan dari dusun miliknya dipajak kepada saudaranya yang menjual di gerai buah-buahan Tamu Pekan Telipok.
Terima kasih kepada tuan Pengerusi JKKK kerana saya sendiri sudah lama tidak ke dusun seperti ini. Terimbau kembali kenangan dahulu kala semasa masih kecil. Seronok bersama sepupu ke dusun memetik buah-buahan.
Bertuah dapat musim buah. Puas makan. 🙂
bestnya kalau ada kebun kan…petik je nak mkn apa kt kebun sendiri hihi
betul tu.. dapat free lagi
best makan buah rambutan…saya pernah sekali ja ke Tamparuli…jambatan Tamparuli…hehe…
lokasi wajib singgah tu
Best pergi Sabah En Mus? Kampung saya kat Kg Laya Laya Tuaran….
best.. dkt saja.. sy di telipok
waaa bestnye. rindu pulak nak balik kampung makan buah puas puas yang fresh di petik dari pokok
kalau ada dusun di kampung .. memang kena balik musim buah ni
Wah bestnya..nampak fresh sangat. Kalau beli, belum tentu dapat yang macam ni =(
ya.. petik sendiri dari pokok.. mmg fresh
waa… best…hehe..best ada org buat review pasal kg tambulaong… sy org kg ni… 🙂
ada masa dtg lah lgi…
waa… best…hehe..best ada org buat
review pasal kg tambulaong… sy org
kg ni…
ada masa dtg lah lgi…
kebetulan tuan…
smoga kampung tuan terus mendapat kemajuan infrastruktur dan kemudahan asas seperti tempat lain.