Ganti Sendiri USB Port Ribbon Samsung Galaxy Note 1

image

Usia telefon bimbit Samsung Galaxy Note 1 isteri saya hampir sama dengan usia Nufail. Ia adalah hadiah saya kepada isteri sempena kelahiran Nufail.

Telefon ini boleh dikatakan telefon permainan anak-anak. Tidak hairanlah ia cepat rosak. Anak-anak pun siap pandai mengecas bila bateri habis.


Sejak akhir-akhir ini isteri mengadu telefon susah untuk dicas. Kabel usb pengecas kena tindih dengan buku (berat) baru telefon masuk cas.

Jadi, saya ke kedai bertanya harga upah membaikinya. Harganya sekitar RM80-RM150. Berlainan mengikut kedai.

Saya mulalah gatal tangan menekan papan kekunci di halaman Youtube. Mencari video cara membaiki sendiri telefon tersebut. Saya terjumpa beberapa video tutorial cara menukar komponen ribbon port usb itu. Ianya kelihatan mudah dan saya yakin boleh membaikinya sendiri.

Masalah lain pula timbul, di mana hendak mencari komponen ganti ribbon port usb itu?

Saya cari di ebay dan lelong. Saya memilih untuk membeli dari laman web lelong memandangkan barang dibeli berada di Malaysia. Jadi, jimat masa penghantaran.

RM55 termasuk kos pos, komponen dibeli dan sampai dengan selamat di tangan saya.

Saya sediakan peralatan asas membuka skru, kad kredit lama (untuk membuka kerangka telefon). Jika menggunakan benda tajam, takut memberi kesan calar dengan litar di dalam telefon.

Skru-skru yang halus perlu diletak pada tempat yang selamat. Kalau tercicir, melayang juga duit membeli skru gantinya nanti.

Masa saya ambil dalam 10 minit dengan mengikut segala langkah di dalam video Youtube. Semuanya siap dibuka, pasang dan diuji.

BERJAYA!!!

Jadi jimat sedikit belanja membaiki telefon isteri.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

5 Comments on “Ganti Sendiri USB Port Ribbon Samsung Galaxy Note 1”

  1. Assalam..telefon saya pun ada masalah sama dengan tefon wife en..kalau cas susah nak masuk,last kena tindih dengan benda berat..biasa tindih dengan banyak2 buku..adakah sebab charging port yang rosak..sebab sebelum ni pun ada masalah sama..hantar kedai 110 kena dia kata ic port problem..tapi lepas sebulan jadi balik..huhu..boleh tak en share link video repair sendiri tu.
    thanks

      1. saya pun ada masalah dengan ic port tu..dah dua kali dah tukar kat kedai..kat mana beli ribbon port usb tue..kalo untuk lenovo boleh masuk ke tuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.