Amyra baru sahaja memberi kad ucapan dan hadiahnya kepada saya. Walaupun terlewat satu hari.
Saya tidak kisah. Saya faham.
Dia amat teruja memberikan saya hadiah. Walaupun tak seberapa, ia amat bermakna kepada saya.
Saya tersentuh dengan hadiahnya dan ucapan selamat hari bapa yang ditulisnya sendiri.
Saya sendiri berpesan kepadanya, saya mahukan hadiah yang lebih bermakna iaitu kejayaannya mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap ujian di sekolahnya.
Dia juga sudah mengangguk faham.
Saya sayangkan keluarga saya.
Posted from Samsung S3
Hasil kerja tangan anak tentulah yang terbaik. Walaupun umur masih mentah untuk memahami erti Hari Bapa.