Harap Maaf, Papa & Mama! TV Ini Amyra & Mikail Yang Punya!

Channel #613..

Itu adalah channel kegemaran Amyra dan Mikail!

Aku dan isteri yang nak rehat-rehat hujung minggu melayan rancangan di tv terpaksa mengalah dengan anak-anak! Nasib baik ada rancangan ulangan. Malamlah jadi masa kami untuk menonton tv.

Mikail pula suka sangat dengan remote dekoder Astro! Tengoklah kesannya kat gambar tu! Menjadi mangsa gigitan drakula Mikail!

Nampaknya, kena beli 1 lagi tv ni..

Tapi.. aku rasa tak perlu.

Lebih baik buat persiapan untuk menyambut kehadiran ‘orang baru’ pertengan April ni..

Tak sabar rasanya…

11 Comments on “Harap Maaf, Papa & Mama! TV Ini Amyra & Mikail Yang Punya!”

    1. tu remote astro..
      kami sekeluarga mmg dah jadi mangsa gigitannya selama dia ada gigi..
      sabar jer lah!

  1. Perkara biasa terjadi. Saya dah prevent dari awal supaya anak-anak tidak selalu sangat tengok rancangan kartun dengan meletakkan lock pada channel tertentu 😀

    1. @imran,
      anak aku dari kecil mmg dah terdedah dengan citer kartun ni..
      ada baiknya jugak bro..
      anak aku walaupun belum skolah dah pandai ABC, 123..
      Percakapannya pun lancar..
      Biasa aku tukar-tukar bahasa channel di tv.
      pandailah dia meniru percakapan di tv tu..

  2. samalah nasib kita ni bro, kamipun terpaksa mengalah dengan anak-anak pasal pilih channel.. tapi tak kisah sangat, sbb banyak jgua diorang boleh belajar daripada tengok kartun tu

    1. @kulanz,
      ada baik buruknya mereka menonton rancangan tu..
      mmg ada peningkatan dari segi pengetahuan anak-anak..

  3. anak2 aku pun suka layan 613
    aku terpaksa mengalah la..
    tak kuasa nk gaduh2 dgn diorg
    sebbaik ada xtra tv
    kalau x.. nk tgk berita pun xdpt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.