Home Schooling Waktu Cuti Sekolah

image

Cuti sekolah sudah bermula. Inilah saat yang dinantikan oleh anak-anak.

Boleh tidur lewat sikit. Boleh bangun lambat.

Namun, waktu cuti mereka saya dan isteri isikan dengan jadual belajar. Jadual belajar di rumah yang agak ‘longgar’ dan tidak seperti waktu bersekolah pada kebiasaannya.


Isteri sudah membeli buku-buku kerja mereka minggu lepas. Saya dapati sudah beberapa helai buku kerja sudah bertulis sepanjang saya berkursus di Sarawak.

Jadual mereka belajar tidaklah begitu ketat. Saya amalkan siapa siap dahulu, baru boleh bermain. Cukup 1-2 jam sahaja sehari mereka belajar.

Anak-anak cepat bosan. Saya mulakan dengan aktiviti menulis dan mengira. Bila mereka menunjukkan kebosanan, saya suruh mereka mewarna. Kalau bab mewarna, memang mereka tidak sabar.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Home Schooling Waktu Cuti Sekolah”

  1. Bagus cik mus …boleh membantu saya merancang cuti dengan menggunakan masa yang berkualiti bersama anak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.