Tahun ini Hannah akan masuk sekolah tabika.
Persiapan sederhana sebelum anak-anak bersekolah minggu depan. Semua peralatan dan pakaian sudah disediakan awal cuti sekolah yang lepas kecuali tudung anak-anak sahaja yang belum dibeli.
Isteri saya terfikir untuk mencuba sendiri menjahit tudung sekolah anak-anak. Percubaan pertama, isteri cuma membeli 2 meter sahaja kain. Kain yang digunakan dari jenis Jersey harganya RM3.50/meter dan dibeli di kedai kain Wah Yoon , Segama.
Kain yang dibeli dapat digunakan untuk membuat 4 helai tudung kanak-kanak. 2 tudung untuk Hannah dan 2 lagi untuk kakaknya Amyra.
Isteri saya bukanlah mahir sangat menjahit. Namun, semangat tinggi dia berjaya mengukur, menggunting dan menjahit tudung tersebut.
Bagi mendapatkan ukuran saiz tudung, isteri saya menggunakan tudung sekolah yang lama sebagai ‘template’. Saiznya ditambah sedikit memandangkan anak-anak semakin membesar.
Menjahit sendiri tudung memang lebih menguntungkan. Kos membeli boleh dikurangkan sedikit.
*Nota: Nufail pun sibuk nak cuba tudung kakaknya.
Dapat berjimat dengan menjahit sendiri kain tudung sekolah anak.