Jari Pedih Di Malam Raya

Assalammualaikum dan salam aidilfitri kepada semua rakan blogger.

Aku baru selesai menolong isteri di dapur. Menjadi tukang masak. Pedih rasa jari kerana memotong bawang untuk kuah sate.  Agak pelik juga mata tak pedih seperti selalu bila memotong bawang.

Anak-anak tak sabar nak beraya. Masing-masing dah bertanya mana baju raya.

Aku dan keluarga memohon seribu kemaafan dan selamat menyambut hari raya maaf zahir dan batin.

2 Comments on “Jari Pedih Di Malam Raya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.