Kad Berfungsi 3 Dalam 1

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
Kad yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat ini yang boleh digunakan sebagai Kad Debit, Kad ATM dan Kad Diskaun.
Kriteria Pelajar Yang Layak Memohon KADS1M

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
- Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
- Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.
Pendaftaran KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M Debit-i)

Pendaftaran boleh dibuat melalui capaian Bank Rakyat di halaman Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi
Cara Menggunakan KADS1M
- Kad ini menggantikan Baucar Buku seperti tahun sebelum ini.
- Pelajar yang berdaftar akan diberikan Kad Debit Pelajar KADS1M bernilai RM250.
- Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih dengan nilai seperti di atas.
- Senarai rakan dagang / syarikat yang mengambil bahagian dalam program KADS1M ini boleh anda rujuk di Senarai Rakan Dagang.
- Kad ini hanya sah untuk pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja.
3 Kelebihan KADS1M

KADS1M dilihat sebagai cara yang lebih efektif menggantikan pemberian baucar buku sebelum ini.
Fungsinya yang 3 dalam 1 menjadikan penggunaan kad ini lebih mudah, selamat dan jimat.
Sebagai pelajar, gunakan ia secara berhemah.
info yang menarik untuk mahasiswa tentang kad diskaun siswa 1 malaysia..
ya, semoga diguna sebaik mungkin oleh mahasiswa
x sempat merasa..dulu dapat baucer buku je..yg ini bukan buku pun buleh beli kan?
Bagi saya, kad ini bagus tetapi proses utk mendaftar sangatlah teruk. Sampai sekarang tak dapat lagi emel dari Bank Rakyat dan langsung tiada informasi. Seolah2 macam tak ikhlas nak bagi