Kami Sayang Hannah

MAKIN COMEL – Hannah sekarang dah berusia setahun empat bulan.  Hannah sangat manja dengan aku. Tak seperti abang dan kakaknya yang  mana lebih manja dengan mamanya.

Hannah yang kecik memang selalu menjadi mangsa abang dan kakaknya. Biasalah, yang kecil kena buli. Hannah pun pandai juga melawan. Bagi aku, mungkin ini cara terbaik untuk mereka menyesuaikan diri sebelum ke dunia luar. Bergaduh, ketawa dan nangis tu adalah perkara biasa bagi anak-anak kecil.

Hannah dah mula pandai bercakap. Walaupun sepatah-sepatah yang disebutnya. Namun masih dapat difahami apa yang disebutnya.

Hannah dah pandai berlari. Selalu juga berlanggar dengan abangnya ketika bermain. Kadang-kadang terlanggar belakang, kerana belum pandai ‘membrek’. Dia juga selalu sangat mendebarkan kami. Kerusi, sofa, meja menjadi tempatnya melakukan ‘stunt’. Beberapa kali dah jatuh. Namun tak serik-serik.

Hannah kuat makan. Apa aku makan, dia nak makan juga. Memang tak memilih kalau pasal makan.

Hannah pantang dengar muzik. Pasti badan digoyang dan terlompat-lompat. Seronok melihat gelagatnya.

Kami sayang Hannah.

7 Comments on “Kami Sayang Hannah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.