Alhamdulillah..
Kali terakhir makan Laksa Sarawak semasa berjualan di bazaar Ramadhan yang lepas. Saya memang lebih suka jika Laksa Sarawak ini dimasak sendiri oleh isteri.
Semalam semasa balik menjemput Amyra dari sekolah, kami singgah di pasar Pekan Tuaran untuk membeli segala ramuan membuat Laksa Sarawak.
Bila dah buat sendiri/homemade.. memang seronoklah nak bubuh mana yang lebih. Saya suka lebihkan udang dan isi ayam. Anak-anak pula ada yang sukakan udang dan hirisan telur goreng sahaja.
Ramuan resipi Laksa Sarawak semalam kekurangan satu bahan iaitu taugeh. Mungkin sudah lewat petang dan stok pula sudah habis.
Home made rupanya,
ya tuan.. hasil tangan orang rumah
ada udang tu yang nampak sedap tu….
of course, bahan wajib ada tu bro.. memang feveret.. boleh letak banyak! 🙂
Boleh kongsi resepi Laksa Sarawak ini nanti. 🙂
Aku selalu makan kat kedai je laksa sarawak ni. kat kapit ni susah nak cari udang segar….