Makanan Pertama Mikail & Gaya Rambut Baru Amyra

DSC 5361

Mammam… itulah perkataan lain bagi ‘makan’ dalam bahasa anak aku yang masih kecil. Mikail sekarang dah mula makan Bijirin Bayi Jenis Beras (Stage 1) sesuai dengan usianya 6 bulan. Pertama kali makan, memang dia kurang pandai. Tetapi selepas 2-3 kali, dia pandai dan makan dengan berselera sekali. Seronok melihat telatahnya… Berbaloi kerana rezeki yang aku dapatkan dengan bekerja dapat disalurkan kepada anak & isteri. Walaupun tak semewah yang diharapkan.. kira bersyukur kerana masih dilimpahkan rezeki oleh Allah S.W.T

DSC 5362 DSC 5363

Amyra pula sudah menggunting rambutnya yang panjang. Nampaknya dia suka dengan rambut barunya.

DSC 5743 DSC 5726 DSC 5731

Isteri aku seperti Amyra juga yang ada ‘rambut baru’.  Aku pula sekarang ni sibuk dengan kerja penyeliaan di tapak bina. Kepenatan menambahkan kemalasan mengemaskini blog. Ditambah dengan laptop yang suka sangat ‘hang’. Mungkin silap aku yang ‘hardcore’ sangat menggunakannya.

36 Comments on “Makanan Pertama Mikail & Gaya Rambut Baru Amyra”

      1. ya betul2 baru jak tadi mo bagi tau nnti besar dia hdsm.. salah2 dah bahasa sbah yang di gunakan kekekeke.. Sory bHa~

        1. banyak jugak erk.. bahasa sabah & bahasa sarawak sama.. mungkin berasal dari brunei kot…

  1. Pakcik datang Mikail n Amyra wah semua ada peningkatan ya, bagus2 membesar bagai johan-milo

    ko kerja apa bro, penyelia tapak binaan ker

    1. keja civil technician.. jaga projek kecik-kecik jer.. tapi banyak bro! biasalah kat sabah.. site jauh-jauh! penat dalam keta jer..

  2. Bz mana pun kerja anak jgn letak tepi yer bro.. Mikail mata bulat jer dpt makanan.. Wahahha.. Have a nice day to your family.. =)

    1. amyra ni mmg dah addict dengan kamera. sikit-sikit nak minta gambar.. posing mengalahkan model…

  3. yer betull…makanan pertama tu la akan di ingati oleh para ibu dan bapa..
    chantik tul pemandangna di tepi laut..
    lama arr x mandi laut..rasanya tahun lepas yg terakhir..hehehehe

    1. parent kena alert dengan pemakanan bayi ni.. kalau silap beri .. anak meragam, kita jugak yang susah..
      tepi laut di Sabah ni mmg view cantik cantik.. nak ke pantai pun dekat sahaja dari rumah.

    1. mmg betul tu.. pejam celik mata dah besar anak… tak terasa. tulah mlm tadi tengok berita.. mcm mana tergamaknya bapa durjana tu membunuh anak sendiri!! tak berperikemanusiaan!!

  4. salam..bby comel skrg dia dah berapa tahun ye,,

    seseklai cut rambut ok gak..tak delah bosan dgn hari2 rambut yg sama huhu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.