Sudah menjadi lumrah rumah ada anak kecil, semua yang dipegangnya semua menjadi mainan. Begitulah nasib alat kawalan jauh/remote tv samsung yang ada di rumah kami.
Pada kali ini, remote tv menjadi ‘gila’ kerana tanpa ditekan, boleh berubah menu dan ‘indicator led’ sentiasa berkelip. Keadaan remote tv ni biasa sahaja. Cuma ada kesan gigitan yang tidak dikenali.
Setelah casing remote dibuka, sudah kelihatan kesan air yang disyaki air liur melekat pada papan litar remote. Saya agak, Nufail menggigit remote ini.
Setelah kesan air dikeringkan, saya cuba dengan memasang semula casing dan meletakkan bateri.
Alhamdulillah, remote kembali berfungsi semula.
Remote TV ini jarang sudah digunakan memandangkan tv dikawal menggunakan remote ASTRO sepenuhnya.
Nasib baiklah tidak ada komponen elektronik yang ‘short’. 🙂