Mencari Ketenangan Ketika Berhutang

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Memang pada hakikatnya, diri yang berhutang akan mendapat tekanan. Besar dan kecil tekanan, kita sendiri kena bijak menanganinya.

Selagi ada nafas, kita berpeluang membetulkan keadaan. Lebih-lebih lagi yang sudah terlanjur berhutang sehingga sanggup membunuh diri. Ada jalan penyelesaiannya biarpun perit untuk ditanggung.

Pandai berhutang, pandailah bayar. Kita pandai-pandailah memilih hutang yang baik dan menguntungkan seperti hutang belajar (contohnya PTPTN), hutang rumah dan hutang yang satu lagi tentulah hutang tak baik. Hutang tak baik pula seperti hutang kenderaan, pinjaman peribadi dan apa sahaja hutang yang dibuat atas dasar kehendak dan bukannya keperluan.

Buku di atas banyak memberi inspirasi dan banyak kesilapan saya perlu diperbaiki. Masih belum terlambat.

Bayar hutang sesegera mungkin dan bayar hutang yang mengenakan kadar faedah yang tinggi sebagai keutamaan dahulu selepas kita membuat simpanan sebagai langkah pertama setelah mendapat gaji..

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Mencari Ketenangan Ketika Berhutang”

  1. Jika mahu ketenangan.. kurangkan berhutang atau lebih baik lagi jangan berhutang! Namun realitinya itulah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.. J

  2. Sebaik-baiknya elak untuk berhutang insyaAllah hati tenang 🙂
    Dan yang lebih penting jangan berhutang dengan ah long ! Mereka bukan nak tolong tapi bakal merosakkan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.