Selamat tengah hari rakan blogger,
Ahad lepas, selepas aku bergambar pasport di Indah Permai, singgahlah juga ke kedai buku. Anak-anak aku ni memang fanatik dengan buku, walaupun mereka ni belum bersekolah. Amyra yang akan masuk tabika tahun depan dah fasih dengan ABC nya.. Cuma mengeja, membaca sahaja yang belum pandai.
Aku masuk kedai buku tu memang tiada tujuan lain kecuali menemankan anak-anak membeli buku. Kalau membeli buku tak payahlah berkira sangat.
Aku terpandanglah kertas segi empat berwarna-warni yang tertulis perkataan origami.
Teringat aku, zaman kanak-kanak bermain kertas. Sanggup mengoyakkan buku latihan semata-mataΒ untuk membuat perahu, kapat terbang, bakul, bola, bentuk hati.. itu sahaja yang aku pandai ketika itu. Jadi aku pun belilah 2 set kertas tu yang berharga RM1.50 setiap satu dengan harapan untuk belajar lagi seni origami ni.
Pada malamnya, aku dan isteri teruja nak ‘menunjukkan’ kehebatan kami kepada anak-anak. Jadi aku pun cari di Google dan terjumpa satu web origami iaitu Origami Club. Ada berbagai-bagai jenis origami yang ada di sana. Sampai aku pun tak tahu nak cuba yang mana dulu.
Memandangkan anak-anak aku memang suka gajah, aku pun cari tutorial origami gajah.
Aku suka Origami Club ni kerana ada tutorial yang jelas menerangkan setiap langkah-langkah lipatan. Pilihlah sama ada nak tengok “Diagram” atau “Animation”.
“Diagram” adalah manual semua langkah dalam satu muka surat dan manakala “Animation” adalah animasi dalam bentuk flash yang lebih jelas cara lipatannya.
Isteri aku tak mahu ketinggalan dan mencuba origami bunga ros dan aku juga sama dengan origami gajah.
Anak-anak juga teruja dengan gajah yang aku buat walaupun taklah perfect sangat pun..
Oklah.. sedikit info tentang origami,
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts’ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular di kalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.
Bagi yang ada anak tu, marilah berseronok belajar origami bersama anak-anak. Bagi yang tak ada anak tu boleh juga mencuba untuk kemahiran sendiri.
Selamat mencuba!!
Kredit: http://ms.wikipedia.org/wiki/Origami
Aktiviti menarik bersama anak-anak tu π
ya.. seronok dapat meluangkan masa bersama anak-anak
nice…..bdak2 pun musti teruja dpt buat binatang dr kertas…
ya.. memang betul tu.. siap minta buat macam-macam lagi…
Tq Mus … selama ni memang anak2 say gemar lipat-lipat kertas dan buat berbagai bentuk,.. rupanya ia origami pula namanya … macam nama jepun pula bila dengar ‘ORIGAMI ORIGATO MASTA’ … Sesuatu yang baik untuk anak2 belajar berfikir selain daripada main ‘BLOCK’ dan ‘PLASTISIN’ … (apa kata Mus anjurkan pertandingan ‘ORIGAMI MASTA’ untuk rakan2 sebloger semua … hadiah sebuah kereta BMW – ORIGAMI siza sebenar … amacam setuju tak ? … )
Kalau benjy sudi menaja hadiah.. sudah pasti saya akan anjurkan.. π
fuyoo ada kertas dia sendiri ek, memang terbaik la.
kertasnya lebih bagus dan mudah dilipat
best men origami nie
kalau pandai memang best..
kena banyak belajar melipat..
Adik perempuan saya rajin beli kertas origami dan beliau rajin buat bentuk.
biasalah bro.. perrempuan memang minat.. melipat ni kena teliti..
Selain melipat kain pun mereka ini teliti kalau berbanding lelaki asal lipat sahaja.
Cerita pasal lipat, tiba-tiba sahaja tekak ini hendak merasa kuih lepat dengan secangkir teh π
teringat pulak masa sekolah rendah dulu
cikgu suruh kawan aku kunyah jet kertas
haha
sedang kami seronok main jet, cikgu datang
kalau kunyah jer tak per.. kalau dia suruh telan.. pasti masuk paper.. guru dera murid.. π
dulu zaman sekolah rendah memang selalu buat origami ni.. macam-macam boleh buat..
sekarang kalau anak tanya cara buat, memang aku gagal..
nasib baik sekarang ni ada banyak panduan boleh diikuti..
memang dulu susah nak dapatkan tutorial kecuali ada yang sanggup mengajar..
gue suka tengok orang buat origami..
tapi malas nak buat sendiri..
hehehee
ada masanya kena belajar juga tu..