Isteri sudah sampai ke saat akhir kehamilannya iaitu Minggu ke-36. Kami semua sudah menerima perkhabaran awal melalui imbasan ultrasound. 99% bayi di dalam kandungan isteri adalah bayi lelaki.
Syukurlah..
Jika dia lelaki maka lengkaplah dua pasangan anak kami. Dua lelaki dan dua perempuan.
Kami redha dengan anugerah pemberian Allah SWT. Tidak kisahlah lelaki atau sebaliknya. Dengan harapan bayi yang dilahirkan sihat hendaknya.
Anak-anak tidak sabar untuk berjumpa dengan adik baru. Hannah seperti bersedia untuk melepaskan gelaran Anak Bongsu. Tidak jemu dia mengusap perut ibu.
Mikail masih belum mengerti. Adik lelakinya bakal bersama-samanya menempuh kehidupan akan datang. Sudah pasti, kawan lelaki juga yang sesuai dengan lelaki.
Amyra usah diragui lagi. Berita kelahiran bakal adik lelakinya sudah dijaja dan menjadi buah mulut jiran-jiran. Tiadalah ‘suprise’ nanti. Memang betullah kata orang, anak kecil adalah sejujur-jujur manusia. Masih belum bijak memutar-belitkan fakta.
Aku pula perlu lebih berusaha keras untuk memberi kehidupan yang lebih selesa dan terjamin samaada dunia dan akhirat.
Posted from WordPress for Android (S3)
Berdebar-debar menunggu kehadiran orang baru.. Semoa semuanya selamat. Amin.
Semoga semuanya dipermudahkan dan didalam lindungan yang Maha Kuasa.
Bestnya.. semoga dpt beri yang terbaik 🙂