Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Malam ini, saya baru sahaja membantu isteri menyiapkan tempahan biskut almond london. Agak banyak juga tempahan yang diterima. Ada juga yang terpaksa ditolak kerana kami tidak cukup pekakasan dan bahan-bahan.
Pada asalnya isteri saya sahaja nak cuba sendiri membuat almond london ni. Untuk minum petang. Tetapi akhirnya rakan-rakannya menempah pula dari isteri saya.
Isteri saya ‘terpaksa rela’ menerima tempahan tersebut.
Insyaallah, tahun depan kami akan berniaga dan menerima tempahan secara serius.
Posted from WordPress for Android