Mikail masih belum sembuh dari demam. Petang tadi aku dan wife bawa dia ke Unit Kecemasan Hospital Likas. Doktor kata, jika dalam masa 3 hari masih belum sembuh, kena bawa lagi ke situ. Dia tak masuk wad kerana demam biasa saja. Aku harap dia masuk wad supaya penjagaan lebih rapi yang dia dapat. Kat rumah ada masalah sikit kerana kakak dia suka buat bising. Terganggu tidur Mikail. Tapi, Amyra dah mula faham keadaan adiknya..
Mama yang setia temankan Mikail..
Kesian bila tatap wajah Mikail masa tidur! Kedengaran bunyi seperti berdengkur.
Papa beli Digital Termometer (RM14) dan Bye-Bye Fever -4pcs (RM9.00) di Watsons.
Papa hope esok Mikail mampu tersenyum dan seperti biasa…
o tedahhhh.. tp nya kiutttttttt..