Mikail Nampaknya Semakin Sihat

image

Syukur alhamdulillah, sejak demam beberapa hari lepas, Mikail menunjukkan tanda positif demamnya semakin kebah.

Malam tadi demamnya mencapai kemuncak, dia meracau dan mengigau. Saya pula tak dapat melelapkan mata menjaganya. Bingung juga dibuatnya.

Saya sentiasa memeriksa suhu badannya selang 10 minit. Selepas jam 2.00 pagi barulah dia tidur dengan lena. Saya pula tertidur di sebelahnya.

Petang tadi saya dan isteri membawanya ke klinik. Sampel darahnya diambil dan keputusannya mungkin akan dapat esok atau lusa. Harap semuanya ok sahaja.

Selepas ke klinik, dia meminta untuk ke KFC Tuaran. Kami layan sahaja permintaannya kerana dia sudah ada selera untuk makan.

Malam ini, dia dah mula bermain dengan adik-adik seperti biasa. Dia juga minta makan bubur.

Senang juga hati melihatnya.

Semoga dia kekal sihat dan tidak demam lagi.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

3 Comments on “Mikail Nampaknya Semakin Sihat”

  1. Masa kecik dulu,kalau demam,ckp apa saja kat ibu mesti dapat hehehe..tapi dulu kfc belum banyak cawangan macam ni lagi 🙂

    Tengah jerebu sekarang ni,memang budak2 cepat demam,batuk,selesema.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.