Seperti yang aku janjikan pada minggu lepas, hujung minggu ni aku luangkan masa dengan keluarga. Cuma keluar membeli barang keperluan rumah dan keperluan anak sahaja petang semalam.
Berbalik kepada tajuk entri, semalam wife aku belikan kereta baru yang lebih dikenali sebagai ‘baby walker’. Harganya taklah mahal sangat. Yang penting keselamatan anak semasa menggunakannya. Mikail cukup gembira dan yang lucunya dia bergerak mengundur ke belakang. Tak lama lagi pandailah dia ke depan, kiri dan kanan. Si Kakaknya pula, Amyra kelihatan jelous dengan ‘kereta baru’ adiknya. Rupa-rupanya dia nak mencuba jugak. Untuk elak dia menangis, aku biarkan saja.
Amyra pula masa ni pantang dengar lagu. Terus dipakainya ‘high heel’nya dan menari. Aku cuma takut dia terjatuh jer. Tapi dia dah pandai seimbangkan badan.
Yang lucunya, dia menari sampai tertanggal sebelah kasut. Memang tak dapat tahan nak ketawa.
Yang bestnya, dia dah pandai menjaga adiknya seperti menghanyun buaian dan menyanyi masa adik dia nak tidur.
ppsstt: Aku pulak sibuk menyiapkan projek baru iaitu blog LirikLagu2u.
tu lah bro… bukan main hepinya Mikail naik kereta baru.. kalau dia dah besar nanti.. mungkin waja aku tu dah tak wujud lagi!
kecik2 da high heel. syok dpt naik kete baru tu.hehe
high heel tak tinggi.. biasalah budak2.. kecik2 dah pandai bergaya. kete baru mmg best!
wah, bilalah aku nak ada anak pulak ni. hehe…teringin gak nak berumahtangga bila lihat member2 dah berkahwin. cuti ni byk member2 nak kawen. ades…mampu melihat ajalah. haha
bila dah kawin.. adalah anak tu bro.. jangan teringin.. kena cuba! tu lah.. kawan-kawan yang bujang sekarang dah mengalami kepupusan. semua dah kawen… kalau dah jodoh tak ke mana. yang penting kita berusaha mendapatkannya!
jodoh asyik tak panjang jerk. dah rancang baik punya. last2 tak menjadi gak. sedih pun ada. waaa…
segala ketentuan di tangan Yang Maha Esa. Mungkin yang lepas bukan yang terbaik untuk bro. Ada masa.. jodoh tu akan datang jua..
amyra sangat comel
huhuh
nak anak comel macam tu gak
haha
tq cik teh.. terima kasih atas komen tu.. kembang kuncup hidung amyra kena puji…
cool je muka amyra tngh hayun lagu adik dia…lagu ape ntah yg dia nyanyi…haha..mesti bapak dia bagi lirik..kwangg..kwang..
amyra dah khatam 1 vcd lagu kanak-kanak.. silap2 cikgu tadika pun terkejut. dia dah pandai nyanyi lagu.. walaupun kadang2 lirik lintang pukang..
comelnya anak kamu ni
terima kasih bro.. Mikail mmg comel!