Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Inilah yang seronok hidup di kampung. Nak makan ayam, tangkap dan sembelih sahaja. Tak payah nak beli di kedai. Itu, kalau ada memelihara sendiri ayam. Kalau tiada, memang ke kedai juga jawabnya.
Seronok juga menangkap ayam. Ini kira mengungkit kembali kenangan masa kecil-kecil dahulu.
Bila dah dekat nak Raya Cina, saya dan sepupu pasti sibuk menolong arwah atuk menangkap ayam kampung dan itik ‘serati’ (bahasa kampung). Dapat juga upah dari kerja penangkapan ibu-ibu ayam dan itik tu.
Apa yang tak dapat dilupakan bila kena simbah air basuhan sayur kerana orang di rumah fikir saya dan sepupu mencuri ayam.
Saat-saat begini memang sukar untuk dilupakan. Anak-anak sekarang beruntung, nak makan ayam, KFC dah ada. Tak terasa nikmat menangkap ayam tu.
Bila dapat makan dari titik peluh sendiri, lebih sedap rasanya bila masa makan.
WordPress for Androids
kat kampung aku pun sebut itik serati
sebenarnya agak lain sikit berbanding itik biasa
dan itik serati ni lebih sedap rasanya
Itu semua kenangan… Sekarang semua mahu mudah dan cepat. Beli di kedai!