Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Malam ini saya baru sahaja siap membantu isteri menyiapkan tempahan biskut almond london.
Tempahan datangnya dari rakan-rakan dan jiran-jiran sekitar rumah.
Pada asalnya, isteri saya tak terfikir nak menerima tempahan biskut raya ni. Untunglah, percubaan pertama berjaya juga membuat biskut almond london.
Manakala, rakan-rakan pula memaksa rela untuk kami menerima tempahan mereka.
Memang ada juga tempahan terpaksa ditolak kerana kekangan perkakasan dan tenaga kerja.
Insyaallah tahun depan kami akan lebih serius untuk berniaga dan menerima tempahan seperti ini.
Posted from WordPress for Android
Wah.. Ada peluang buat duit dengan menjual kuih raya! Tahun depan sudah boleh mula serius!
Biskut Almond London ini sedap tetapi saya tidak boleh makan sebab batuk.