Sebelum ini, saya ada kongsikan kisah Wiper Kereta Proton Waja saya yang rosak. Pernah juga mencuba untuk membaikpulih motor wiper tersebut, namun tidak berjaya.
Memandangkan sesi persekolahan anak-anak akan bermula, saya telah menukarkan motor wiper tersebut untuk memudahkan isteri menggunakan kereta untuk menhantar dan menjemput anak bersekolah.
Motor wiper yang lama belum rosak sepenuhnya. Cuma ada masanya wiper tak berfungsi. Memang ikut nasiblah jika wiper tak berfungsi ketika hujan. Memang agak sukar memandu terutamanya ketika hujan dan waktu malam.
Saya ada mencari stok motor wiper ini di beberapa tempat menjual ‘auto part’ di sekitar Kota Kinabalu. Cuma Wiper Motor jenama Lucas sahaja yang ada. Motor Wiper jenama Lucas ini berharga RM165 dan boleh dipasang sendiri (plug & play).
Jika hendak memasang sendiri, kena cukup peralatan kerana ada bahagian yang sukar dibuka terutama bahagian yang bersambung dengan wiper link, ianya sempit.
Motor wiper lama yang sudah dibuka.
Alat ganti yang ‘wear & tear’ tidak boleh dielakkan. Sampai masa perlu ditukar dan kalau bernasib baik akan bertahan lama.
betul tu.. memang ikut nasib juga