MyKid Nufail Dah Siap

image

Setelah sebulan lebih berlalu, saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Tuaran sekali lagi.

Semasa mengambil MyKid ini JPN Tuaran ada ramai pelanggan. Mujurlah giliran saya tidak jauh. Dokumen sokongan seperti mykad saya, sijil beranak asal dan slip mengambil MyKid juga perlu dibawa untuk membuat tuntutan.

Kebetulan semasa mengambil MyKid Nufail, saya ditegur pegawai JPN Tuaran kerana MyKad saya sudah kritikal. Tidak nampak muka.

image

Memang sudah lama saya berhajat untuk menukar MyKad jenis baru namun tiada kesempatan. Jadi, bila sudah alang-alang berada di sana, saya mengambil keputusan membuat MyKad baru.

Ini kali ke-4 saya membuat MyKad. Kali pertama sudah pasti semasa berumur 12 tahun, kali ke 2 dan ke 3 menggantikan MyKad saya yang hilang. Kalau hilang macam biasalah kena denda dan menukar baru MyKad cuma dikenakan bayaran RM10.00 sahaja.

Sebulan lagi saya akan ke JPN Tuaran lagi. Pegawai JPN Tuaran patut dipuji kerana cekal melayan kerenah pelanggan.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “MyKid Nufail Dah Siap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.