Nufail Jatuh Longkang, Mikail Pula Masuk Hospital

image

Segalanya sudah ditakdirkan.

Pagi semalam (Sabtu) saya membawa famili beriadah di Tanjung Lipat. Aktiviti mengeluarkan peluh seperti berjogging, bermain badminton dan berjalan kaki dirancang untuk rutin senaman pagi semalam.

Secara kebetulan, terdapat beberapa petanda yang saya boleh rasa melalui deria ke enam saya.

Saya sebenarnya mempunyai sasaran yang agak besar pagi semalam untuk memecahkan rekod masa dan pembakaran kalori pada minggu lepas. Namun segalanya tidak menjadi kerana terpaksa memendekkan jarak jogging saya kepada 2.5km berbanding 6km kerana perut terasa senak.

Semasa berjogging, dua kali saya dihalang oleh pengunjung lain. Saya hendak memotong, saya ke kiri yang di depan ke kiri juga dan begitulah sebaliknya. Tidak terfikir ia juga petanda yang kurang elok.

Sebelum itu, semasa sampai dan memakir kenderaan, saya cuba untuk mengunci pintu. Dua kali mencuba, baru pintu terkunci dengan sempurna.

Sepanjang tempoh berada di Tanjung Lipat, cuma saya berjogging bersendirian. Anak-anak bersama isteri berada di lapangan konkrit bermain badminton berhampiran tempat memakir basikal. Di sinilah poin saya mula berlari.

Saya membuat larian pusingan balik ke poin mula.

Setelah sampai dan berehat seketika, matahari sudah mula terik dan jam menunjukkan jam 8.00pagi. Sudah hampir 1 jam kami berada di sana.

Anak-anak juga ada yang sudah menunjukkan kepenatan. Cuma Amyra yang masih mahu mengajak saya bermain badminton.

Memandangkan bahang matahari kian terasa, saya mengajaknya bermain di bawah pokok. Agak redup dan cahaya matahari dapat dikurangkan terkena badan. Dia ada kelas Taekwondo pada sebelah petang. Kalau lama berjemur, takut dia akan demam. Tambahan pula, kelas taekwondo nya akan mengadakan latihan intensif menjelang hari ‘upgrading’. Jika terlepas sesi latihan tersebut, ia satu kerugian.

Semasa asyik bermain badminton bersama Amyra, Nufail pula berjalan-jalan di dataran konkrit berhampiran tempat meletak basikal. Dia seaakan-akan mahu bersama saya dan Amyra.

Sekelip mata, Nufail terjatuh ke dalam longkang konkrit.

Syukurlah,

Di dalam longkang dipenuhi rumput-rumput yang dikumpul selepas dipotong. Kira jatuh pun, masih kurang impaknya. Kepala dan badannya tidak terkena bucu longkang. Saiz longkang memang cukup-cukup muat dengan badannya. Dia cuma menangis seketika dan berhenti bila didakap ibunya.

Namun, Selepas Nufail terjatuh, saya mengajak Amyra berhenti bermain seketika. Kami berdua kembali berteduh di tempat memakir basikal mengelak pancaran matahari.

Mikail dan Hannah masih berlari-lari di lapangan konkrit. Mereka berdua memang suka sangat berlari, peluang pula di depan mata.

Dalam sekelip mata,

Mikail berlari ke arah saya yang sedang duduk berehat. Kakinya tersadung dan kepalanya terkena bangku tempat duduk saya.

Serta merta dia memegang mata kanannya dan meraung kesakitan.

Ya Allah…

Luka besar di atas kelopak matanya. Lantas saya mengambil kain dan menekan lukanya. Dia masih tidak tahu dia sudah luka. Cuma bila melihat darah yang mengalir di tangannya, dia semakin kuat menangis.

Saya terus menutup dan menekan lukanya dengan kain. Saya tekan luka dalam 1 minit dan darahnya berhenti mengalir seperti sebelumnya.

Lantas, kami sekeluarga balik ke tempat parkir kereta dan bergerak ke Hospital Likas yang tidak jauh dari trek jogging kami.

Dalam perjalanan ke hospital, saya isteri mengajaknya bercakap bagi mengelak dia tertidur atau pengsan.

Sesampainya di bahagian kecemasan, para pegawai kesihatan terus menampal kain untuk menutup lukanya. Mujurlah darah sudah berhenti mengalir keluar.

image

Sementara isteri mengurusnya di hospital, saya menghantar anak-anak yang lain balik ke rumah bersama nenek mereka.

Saya kembali ke hospital dan menunggu agak lama juga. Mikail diberikan ubat tidur supaya memudahkan kerja menjahit luka. Namun, dia tidak terkesan dengan ubat tidur yang diberikan. Tempoh menunggunya tidur agak panjang.

Bila ubat tidur tiada kesan, dia diberikan ubat bius pada luka dan dijahit dengan 3 jahitan.

Selesai semuanya..

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Nufail Jatuh Longkang, Mikail Pula Masuk Hospital”

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.