Papa, Bila Kita Ke Legoland?

image

Begitulah soalan maut yang membuatkan saya teragak-agak nak menjawab. Ini kerana jawapan saya tidak pasti lagi dapat ditunaikan dalam kadar segera atau sebaliknya.

Anak-anak sudah biasa melihat iklan kota keriangan Legoland yang baru dibuka dan terletak di Negeri Johor.

Jadi, mereka sudah pandai meminta-minta untuk dibawa ke sana.

Kalaulah setanah dengan Sabah, pasti lama dah saya bawa mereka ke sana dengan menaiki kereta tua Waja kami. Namun, Laut China Selatan menjadi pemisahnya.

Suatu masa nanti, saya pasti akan bawa juga mereka ke sana.

Pada usia yang masih kecil, mereka tidak faham lagi soal kehidupan sebenar.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Papa, Bila Kita Ke Legoland?”

  1. Salam,

    InsyaALLAH ada rezeki sampai nanti ke Legoland, kami ni 3-4 jam juga nak sampai sana tapi tak pernah lagi pun pergi hheehe

    Memanglah bila anak2 meminta benda yang “mengejut” macam ni kita jadi tak seronok coz memikirkan dapat ke nak bawa kesini, tempat bukannya dekat, perlukan masa, tenaga,kewangan. Dengan anak-anak kita tak boleh berjanji coz diorang akan ingat janji tu sampai bila2 selagi tak tunai hehee…nanti jangan rimas bila anak duk tanya je bila nak bawa coz dah berjanji kan….

    Kalau datang semenanjung ni roger2 jelah, ada masa boleh bawa gi jenjalan kat KL ni, insyaALLAH.

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.