Misi Merentas Kepulauan Borneo : Kota Kinabalu ke Kuching
Hujung minggu ini kami sekeluarga akan bergerak balik kampung dari Kota Kinabalu ke Kuching. Perjalanan yang jauh dengan jalan darat menaiki kereta.
Sebelum ini tahun 2012 kami pernah balik kampung beraya dengan kereta juga. Jadi tidak menjadi masalah terutama dari segi laluan di Brunei. Cuma ada beberapa jalan baru yang perlu dilalui di Brunei. Kebetulan semasa bertugas pilihanraya Sarawak yang lepas, jalan tersebut belum siap dan tidak sempat melaluinya.
Cuma masalah yang timbul adalah soal imigresen sahaja. Saya sendiri memiliki pasport antarabangsa (pasport merah) manakala isteri dan anak-anak cuma ada Pasport Terhad ke Brunei (pasport biru) yang hampir tamat tempoh sahnya.
Bayaran Pasport Malaysia Terhad ke Brunei
Jadi minggu lepas kami memperbaharui pasport tersebut. Bayarannya cuma RM50.00 sahaja samaada memperbaharui ataupun permohonan baru.
Tempoh Siap Pasport Malaysia Terhad ke Brunei
Proses memperbaharui passport mengambil masa dalam 1 jam sahaja (selepas proses bayaran hingga passport siap). Cuma perlu bawa passport lama dan pengenalan diri (mykad/sijil lahir) asal dan salinan.
Gambar passport tidak perlu dibawa kerana gambar ‘hitam putih’ terus diambil di kaunter.
Tempoh Siap Permohonan Baru Pasport Malaysia Terhad ke Brunei (Bukan penduduk asal).
Dua orang anak saya iaitu Nufail dan Baby Zea belum ada sebarang passport dan perlu memohon baru Passport Terhad ke Brunei. Walaupun mereka berdua pemegang kad pengenalan ’12 – Sabah’ (lahir di Sabah) namun kelulusan imigresen perlu dipohon dari negeri lahir asal ibubapa pemohon. Memandangkan saya dan pasangan saya memang berasal dari Sarawak, tempoh 5 hari waktu bekerja adalah tempoh bagi kelulusan permohonan tersebut.
Slip permohonan kelulusan akan dikeluarkan dengan disertakan nombor rujukan.
Anda boleh ‘follow-up’ status permohonan tersebut dengan menghubungi Jabatan Imigresen Kota Kinabalu di talian 082-488705.
Jika anda perlukan kelulusan dan dokumen passport dengan kadar segera, bolehlah menghubungi terus Jabatan Imigresen Kuching Sarawak dengan mendail nombor telefon 082-429653 selepas permohonan dihantar.
Pastikan anda menyimpan nombor rujukan permohonan bagi memudahkan rujukan pegawai Imigresen yang bertugas.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai Imigresen di Kota Kinabalu kerana sabar melayan karenah baby Zea yang tidak memberikan kerjasama semasa diambil gambar.
Info Tambahan: Pasport Terhad ke Brunei
Pasport Malaysia Terhad ke Brunei
Pasport ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam. Permohonan boleh dibuat di Pejabat-pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Tempoh Sah Laku
- Lima (5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.
Bayaran
- RM 50.00 (kadar baru berkuatkuasa 1 Mei 2011)
Syarat Pemohonan
- Pemohon hendaklah hadir di Pejabat Imigresen.
- Kad pengenalan / Sijil Lahir dan salinan.
- Untuk gantian pasport, sila bawa bersama pasport sedia ada.
Banyaknya prosedur yang perlu dibuat, tapi takpalah cepat je siap
memang banyak prosedur.. kena ikut semuanya
baru tahu ada prosedur ni
boleh rujuk pada masa akan datang
belum pernah pergi ke brunei.. satu info baru
kena ke sana juga 1 hari nanti bro.. banyak tempat menarik
buat passport mmg byk prosedur. biasa la kan.. ia melibatkan byk negara 🙂
pernah sekali je ke brunei. rindu nak kesana lagi pekena nasi katok
nasi katok nya memang popular kat sana
aku memang dah ada passport dah.
buat sesiap awal-awal dulu.
senang kalau tetiba nak keluaq negara.
kena check juga takut dah expired
Niat nak pergi brunei ni memang dah ada. passport je yg tak buat lagi. btw tqq for the info.
boleh buat.. murah jer
Alamak..bini dah blacklist imigresen ni..ptptn punya pasal hmm..baru ja settle tp dah balik kg pulak haha
dalam perjalan bercuti ke KK nanti boleh la try masuk brunei dgn cara ni hehe
boleh try.. mudah je guna Google Maps pun boleh
Hopefully perjalanan by Air mudah je lah.
Tak sabar nak pi Brunei..
info yang berguna…tq share
semoga dapat membantu anda jika diperlukan
tq info.nanti nk merasa juga jalan jauh.
Bulan depan ayah saya pun akan ke Brunei, ada rakan ayah yang melangsungkan perkahwinan anaknya, Tapi kena buat passport penuh lah sebab dari semenanjung kan
Baru tahu pasal ada passport untuk Brunei sahaja. Terima kasih bagi info ni..
Tak pernah lagi pergi ke Brunei. Haha.. Tak tahu bila ada peluang untuk berkunjung ke sana. Harap peluang akan datang cepat sikit.
Brunei antara negara wajib kita lawati.
Nanti kalau ada rezeki ke Brunei, bolehlah rujuk kat sini. Banyak jugak nak kena lengkapkan prosedur.