Anak adalah aset yang amat penting. Anugerah Allah yang tak terkira nilainya. Bangaimana kita mencorak mereka, begitulah hasilnya bila mereka sudah meningkat kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa nanti.
Amyra yang amat disayangi mula menunjukkan minat untuk belajar. Dia sudah pandai memesan aku supaya beli buku, pensel tulis, pemadam dan pensel warna. Aku amat menyokong ibunya yang sentiasa mengajar dia membaca dan menulis. Niat hati kami nak hantar Amyra ke Smart Reader Kid’s. Namun jarak yang terlalu jauh dari rumah dan kos yang agak mahal membantut niat aku dan isteri. Sebagai persediaan awal, banyak juga yang telah aku belikan untuk Amyra supaya belajar di rumah. Kebanyakkannya berasaskan permainan seperti ada bunyi dan video serta mempunyai warna dan grafik yang menarik seperti laptop kanak-kanak, kad bergambar, telefon mainan yang ada pelbagai muzik,buku berpelekat Tigger & Pooh kegemarannya dan aku hadiahkannya basikal roda tiga sebagai hadiah hari jadinya baru-baru ni.
Seminggu aku biarkan Amyra mendengar lagu kanak-kanak yang aku muat turun dari internet seperti Anak Itik Tok Wi.. ternyata kebolehannya menghafal lirik tak boleh dipertikaikan. Walaupun sebutannya yang agak lari dari sebutan sebenar namun tetap menghiburkan sesiapa yang mendengar (Silap-silap boleh masuk Rancangan Jangan Lupa Lirik…) Aku mula memuat turun lagi banyak lagu nyanyian untuk kanak-kanak yang ternyata banyak di internet. untuk minggu depan, Lagu Rasa Sayang akan aku ajar kepada Amyra.
Namun, perancangan kami untuk Amyra adalah untuk menghantarnya ke sekolah cina bila dia cukup umur nanti mungkin akan diteruskan.
haha…teringat zaman kecik2 dulu
mesti jadikan dinding rumah sebagai kanvas untuk menconteng
sudahnya…dinding rumah bertukar jadi berbagai warna
zaman kecik2 memang indah.. semuanya milik kita!!
melentur buluh biarlah dari rebung nya…
betul tu… anak bro umur berapa sekarang..? salam perkenalan terima kasih komen di blog saya 🙂
3 tahun bro
anak ibarat sbgai kertas lukisan yg putih manakala kitalah yg melukisnya.
Anak itik tok wi mandi dalam kolam, sakit apa tok wi sakit sendi tulang–eh lagu tu ker
lagu tu lah bro.. mana ada lagu itik tok wi yang lain.. hihihi…
kite kene gak biasakan anak dgn lagu2 rakyat ni
kalau tak.. lagu rakyat akn pupus ditelan zaman