Pengalaman PERTAMA Ke KLINIK 1Malaysia

Kring… Kring.. telefon berbunyi!!

Panggilan dari isteri di rumah! Isteri memberitahu Mikail panas badan dan hidungnya berdarah.

Dengan pantas aku meminta kebenaran bos (dia pun kurang sihat) untuk balik ke rumah.

Dengan moto kapcai 100cc aku merempit kurang dari 30 minit.. Kebiasaan makan masa 45 minit dari pejabat ke rumah. Dalam fikiranku cuma nak bawa anak ke klinik.

Sampai di rumah, aku tanya berapa suhu badan Mikail kepada isteri..

“37.1 darjah celcius” jawab isteriku..

Nasib baik suhu badan dah turun. Sebelum tu 38.8 darjah celcius.

Aku pun bawa anak aku ke Klinik 1Malaysia di Sulaman Sentral. Asalnya nak bawak ke Unit Kecemasan di Hospital Likas.. tapi keadaan masih terkawal.

Update:

31032010073

28 Comments on “Pengalaman PERTAMA Ke KLINIK 1Malaysia”

  1. Cuaca agak panas ke di sana ? Di Pahang, sungai agak kering. Sampaikan untuk ke tengah sungai tak perlu naik sampan atau perahun, cukup dengan jalan kaki je dah boleh seberang sungai pahang.

    1. Memang panas bro.. hujan cuma sekejap.. tak cukup untuk menyejukkan bumi..
      Samapi begitu sekali sungai tu boleh diseberang tanpa perahu..

  2. camne suasana klinik 1malaysia tu bro? ada apa2 perbezaan ketara dengan klinik2 lain ke?

    1. @etomyam, aku dapat katakan.. kelengkapan paling MINIMUM..
      tiada doktor, cuma ada pembantu perubatan..
      hanya untuk kes-kes ringan sahaja..

  3. bagus la dah ada klinik 1malaysia ni…
    bolehlah rakyat dapatkan bantuan perubatan yg sewajarnya
    kalau boleh diperbanyakkan lagi serata malaysia..

    1. @ahmadyusrie, harap Klinik ini dilengkapi dengan peralatan yang lebih lengkap dan doktor..

  4. live blog ke ni…? hehehe…kontotnya entri dia..hahaha..
    ramai tak orang kat klinik satu malaysia? smart tak nurse dia? hahaha..

    1. @syin, live blogging yang tak berapa live.. hihi..
      mana ada nurse..
      memang ramai.. cuma seringgit…

  5. Semoga Mikail cepat sembuh. Demam budak-budak ni, panasnya boleh datang dengan tiba-tiba. Kena monitor..walaupun dah diberi ubat.

    1. Harap begitulah..
      betul tu..
      kena monitor.. harap dengan termometer untuk melihat suhu badannya..

  6. Apa bestnya Klinik 1 Malaysia dari klinik-klinik kerajaan yang lain, selain dari harga murah seringgit?

    1. @amirulfaiz,
      ini pun kali pertama ke sana..
      perkhidmatanya adalah untuk kes-kes ringan sahaja..
      bestnya tak jugak kerana keadaan klinik tu agak tak selesa.
      Saya sekadar mencuba perkhidmatan di situ..

  7. salam..
    bby demam kasihan dia,harap cepat2 sembuh dan ceria kembali..

    terima kasig sb selalu jeguk ke blog suri yang tak seberapa 🙂

    1. @suri,
      Mikail demam, kami sekuarga pun turut ‘demam’ kerana menjaga anak yang tidak sihat..
      Mikail beransur sihat..

  8. Klinik dengan bayaran RM1 memang menjadi tumpuan. Bagus dengan kewujudan klinik macam ni.

    p/s : Kalau beratur panjang, terus cabut g klinik swasta 😀

    1. @imran, hahaha..
      itulah kelebihannya.. cuma RM1.00
      Murah mmg jadi tumpuan orang ramai..
      memang menguji kesabaran…
      kalau sakit yang agak kuat, bagus ke klinik swasta..

  9. kalau ank demam, yg paling utama sekali kawal & turunkan suhu dia. suhu yg melampau blh bagi kesan kat otak. balut la anak dgn towel basah sementara nk g klnk tu…

  10. kalo aku mmg xkan pergi la klinik 1 malaysia ni..sebab utama kerana yg merawat tu pembantu perubatan jer..bg aku pembantu perubatan ni bukan la tahu seelok belok ilmu perubatan ni berbanding doktor perubatan..pembantu perubatan atau nama baru penolong pegawai perubatan atau nama kuno dressar ni sama jer dgn jururawat tu..latihan nya lebih kurang sama jer..dah la bukan yg pandai pon masuk latihan pembantu perubatan ni..tak mcm doktor..diorg ni mmg terpilih dan bijak..kerajaan salah dr segi ni..aku ni pon kakitangan kerajaan gak..tp aku mmg xmenyokong klinik 1 malaysia sbb bukan doktor yg handle klinik ni..aku lebih rela pegi klinik swasta tu drp g klinik 1 malaysia ni sbb kat sana ader doktor bertauliah berdaftar dgn lembaga perubatan..tak per bayar lebih ckit pon..sbb ni melibatkan kesihatan iaitu idup dan mati..penting tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.