Dalam artikel sebelum ini saya ada kongsikan pembelian barang kelengkapan Taekwondo untuk anak-anak. Pada 17 Disember 2015 yang lepas, kami sekeluarga ke Ranau semula untuk kali kedua.
Kali ini, Amyra, Mikail dan Hannah menyertai kejohanan ini. Bagi Mikail dan Hannah, ini adalah kejohanan pertama yang mereka sertai dan lebih kepada ‘sesi pengenalan’ ke peringkat yang lebih tinggi.
Amyra pula ini adalah penyertaan kali kedua dia selepas tewas pada kejohanan yang pertama di lokasi yang sama Kompleks Sukan Ranau pertengahan tahun 2015 yang lepas.
Pada kejohanan kali ini, Mikail dan Hannah tewas pada peringkat awal manakala Amyra menebus kekecewaannya dengan memenangi Pingat Emas acara Kyorugi 9-11 tahun.
Berbaloi mereka berlatih dengan keberanian mereka menyertai kejohanan ini. Secara keseluruhannya kejohanan ini dijuarai oleh Pasukan MBV (Master Barry Voon).




Gambar-gambar lain boleh dilihat di Facebook dan Instagram saya.