Pergi Ke Perpustakaan Galak Anak Membaca Buku

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pagi hujung minggu ini diubah sedikit jadualnya. Jika sebelum ini, kami akan bersarapan pagi di kedai dan kemudian jalan-jalan di tepi pantai.

Manakala hari ini, kami sekeluarga pergi ke Perpustakaan di Pekan Tuaran.

Anak-anak cukup teruja melihat pelbagai jenis buku bacaan. Amyra sudah pasti akan memilih buku cerita.

Buku nurkilan dan ilustrasi Emila Yusof menjadi salah satu pilihan Amyra hari ini. Bukunya menarik dan mudah untuk dibaca.

Mikail dan Hannah pula lebih tertarik pada majalah kartun. Walaupun belum pandai membaca, mereka sukakan buku.

Di rumah, Amrya akan membacakan buku untuk adik-adik. Seronok dengan tabiat membaca anak-anak.

Saya bercadang akan membawa mereka ke perpustakaan setiap minggu.

Posted from WordPress for Android

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

4 Comments on “Pergi Ke Perpustakaan Galak Anak Membaca Buku”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.