Awal bulan lepas heboh para ibu bapa yang belum mendaftar nama anak-anak yang bakal bersekolah Tahun 1 bagi ambilan sesi 2018 dan 2019. Permohonan tersebut dibuka bermula 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.
Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)
Bagi yang sudah mendaftar anak sudah pasti tahu bagi mana cara proses pendaftaran dalam talian dibuat.
Manakala, pengguna kali pertama perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu untuk mengakses SPS – Sistem Pengurusan Sekolah.

Selepas pendaftaran dihantar, emel akan dihantar sebagai pengesahan pendaftaran keahlian kita. Seterusnya boleh menggunakan SPS.
Nombor Mykad akan digunakan sebagai id anda masuk ke sistem SPS.
Sebetulnya, anak saya yang ke-4 Nufail belum lagi layak untuk bersekolah bagi sesi 2018. Saya sendiri juga tidak pernah mendaftar sebagai pengguna web SPS-Sistem Pengurusan Sekolah yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini.
Pendaftaran sebagai pengguna memang ringkas dan mudah.
SPS – Sistem Pengurusan Sekolah
Modul Pendaftaran Murid – Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM) antara halaman paling popular dan sering dicari ibubapa.
SPATKPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk capaian dan paparan yang baik anda dinasihatkan menggunakan pelayar web seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.
Senarai Sistem Pendaftaran atas Talian KPM
- Sekolah Kawalan Menengah – pendaftaran dan penyemakan permohonan
- Tahun 1 – pendaftaran dan penyemakan permohonan
Pertanyaan & Alamat Yang Boleh Dihubungi
Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan SPATKPM boleh dikemukakan kepada :
Pertanyaan mengenai SPATKPM | E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my |
Pertanyaan Permohonan ke Sekolah Kawalan | [Muat turun] Maklumat pihak untuk dihubungi bagi Sekolah Kawalan. |
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja) | E-mel : daftartahun1@moe.gov.my |
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 | Sila rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri atau [Muat turun] Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri. |
Sebagai ibu bapa, marilah kita bertindak awal mendaftar anak masing-masing (jika penuhi syarat) ke sekolah. Elak pendaftaran saat akhir bagi mengelakkan kesulitan.
Bagus isi diatas talian cumanya jangan redudant jadi tak nampak significant isi atas talian.
Selepas print kena submit ke sekolah. Kemudian masa buka sekolah isi balik borang yang sama jadi mana pergi yang online isi tempoh hari?
Bagaimana ibubapa yang buta IT nak isi borang tersebut?
belum daftar lagi sebab anak belum sekolah lagi.
alhamdullilah dah daftar, paling berdemar maknya la ni. tahun depan anak sulong darjah 1
Sama la, tahun depan anak saya darjah 1.