Sejak akhir-akhir ini, pihak sekolah anak saya banyak memberikan air kotak. Jadi, air kotak dibawa balik ke rumah dan secara tidak langsung ia dikongsikan bersama-sama adik-beradik.
Setiap perbuatan ada peraturannya. Begitu juga semasa minum air kotak.
Anak-anak memang gemar menggoncang dan meniup air di dalam kotak. Akibat perbuatan itu, air tumpah keluar dan kalau nasib tidak baik akan terkena pada pakaian.
Kalau susu coklat, berbekaslah pada baju putih sekolah.
Memang bagus juga ada kempen di televisyen mengenai cara-cara minum susu kotak.
1. Tengok tarikh luput.
2. Goncang sebelum minum.
3. Cucuk penyedut minuman pada tempat yang disediakan.
4. Jangan tiup ketika minum.
5. Minum sehingga habis.
6. Buang bekas kotak ke dalam tong sampah.
Anak-anak memang kena biasakan diri untuk mengikut peraturan. Namun, cara kenalah lembut supaya anak-anak merasakan tekanan kepada mereka kurang. Jika terlalu bertegas, khuatir berlaku ‘penolakan’.
Posted from Samsung S3
Kebimbangan pencemaran air kencing tikus.