Petua Mujarab Kurangkan Benjol Atau Bengkak Di Kepala

Petua Kurangkan Benjol Bengkak Di Kepala (1)

Bukannya anak kecil yag normal jika tidak aktif. Anak saya yang bongsu Nufail kini berusia 1 tahun 8 bulan sangat aktif bermain dengan abang dan kakaknya.

Siang tadi, satu insiden yang tidak dijangka terjadi. Nufail terjatuh dan kepala terkena meja. Saya yang bekerja di pejabat bergegas pulang setelah dimaklumkan isteri.

Setelah sampai, saya lihat Nufail tengah tidur. Isteri sudah meletakkan ais di kepalanya. Benjolan kian mengecil.

Dalam masa yang sama, saya segera mencari petua mengurangkan benjol di kepala dari Google dan terjumpa satu petua dan petua tersebut mendapat banyak respon positif dari pembaca.

Petua Mengurangkan Benjol Di Kepala

  1. Ambil asam jawa dan garam.
  2. Masukkan ke dalam bekas kedua-dua bahan tersebut dan masukkan juga sedikit air.
  3. Gaulkan sehingga sebati (lagi bagus kalau pekat).
  4. Sapu pada bahagian yang benjol.

Alhamdulillah..

Benjolan di kepala Nufail semakin kurang. Namun perlu ke klinik juga.

Petua Kurangkan Benjol Bengkak Di Kepala (2)

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Petua Mujarab Kurangkan Benjol Atau Bengkak Di Kepala”

  1. Kena juga monitor keadaan anak walaupun benjol surut kerana dibimbangi ada darah beku. Kalau ada simptom muntah-muntah dan demam terus pergi bawa jumpa doktor segera.

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.