Pembelian barang dalam talian merupakan trend terkini. Segala-galanya boleh dibeli selagi ada kemampuan kredit/wang. Cuma taip dan dengan beberapa klik, pesanan dihantar dan barang tiba di depan rumah.
Namun bagi peniaga pula, untuk menjual sesuatu produk, selain menerima tempahan dan pembungkusan, kerja membuat kiriman barang juga antara langkah penting dalam perniagaan dalam talian.
Saya sendiri baru-baru ini sudah bermula membuat perniagaan dalam talian secara kecil-kecilan. Saya menjual kain Batik Songket Sarawak yang tengah popular sekarang. Sebagai peniaga yang baru memulakan perniagaan, banyak aspek perlu dipertimbangkan. Namun dari segi kos kiriman barang memang ternyata memakan kos yang agak besar.
Sebagai alternatif untuk mengurangkan kos tersebut, saya baru sahaja mencuba servis EasyParcel untuk mengambil stok kain dari Sarawak dan dipos ke Sabah.
Easyparcel merupakan platfom tempahan pihak kurier dalam talian dengan paparan berbezaan kadar dari pihak kurier seperti PosLaju, Skynet, Airpak, Nationwide Express dan lain-lain.
Cuba anda perhatikan beza kos penghantaran di bawah;

Dengan adanya perbezaan kadar di atas, mudah bagi saya membuat pilihan kurier yang sesuai dengan bajet.
Sebagai permulaan, saya baru mencuba membuat kiriman barang seberat 15kg sahaja dan memilih SkyNet RM27.40 dengan beza RM113.50 jika menggunakan PosLaju.
Jika servisnya bagus, sudah pasti saya akan guna lagi pada masa akan datang.
Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum menggunakan EasyParcel adalah;
- Perlu mendaftar sebagai ahli EasyParcel (anda akan dapat kredit percuma RM25)
- Perlu ada mesin pencetak untuk mencetak Air Way Bill (AWB)/resit kiriman parcel.
- Perlu menambah nilai kredit (Top-up) jika kredit tidak mencukupi.


Sekarang kiriman saya dalam perjalanan ke Sabah. Anda boleh ‘track’ kiriman anda dengan mudah.
Entri ini bersambung untuk bahagian kedua, selepas menerima kiriman tersebut..
Senang nak pos apabila semuanya boleh buat setempat.
jimat masa dan tenaga.. kosnya bergantung kepada pihak kurier yang dipilih
Perkongsian yang sangat membantu… Tq ya.
semoga bermanfaat