Alhamdulillah..
Parcel yang dihantar dari Sarawak seperti entri sebelum ini “Pos Barang Murah Dan Mudah Menggunakan EasyParcel” kini selamat sampai di Sabah. Urusan pos ini mengambil masa 2 hari menggunakan kurier pihak Skynet atas alasan ‘CANNOT DELIVER SAME DAY DUE TO LATE FLIGHT/LINEHAUL ARRIVAL’.
Bagi saya, perkhidmatan EasyParcel dan Skynet memuaskan setakat ini. Sudah pasti akan menggunakannya lagi pada masa akan datang.
Tidak perlu ke kaunter.
Bagi rakan-rakan peniaga boleh mencuba sendiri EasyParcel. Barang diambil oleh pihak kurier di depan pintu rumah. Tidak perlu beratur panjang membuat kiriman melalui kaunter.
Cuma perlu diingatkan perlu ada kredit yang cukup dan perlu ada pencetak untuk mencetak ‘air waybill’ pihak kurier.
Daftar sekarang dan dapatkan Kredit Percuma RM25.00
Menggunakan EasyParcel saya telah jimat sebanyak RM113.50 dan boleh membuat kiriman sebanyak 4 kali kiriman yang sama.
Kiriman yang sama,
Berat yang sama,
Destinasi yang sama,
Kenapa perlu bayar lebih?
Jalan Matang, kampung kamek ya hehehe. Lama sik balit swak.
thanks for this interesting article.
orang bisnes online memang patut guna easyparcel ni sebab rate yang ditawarkan agak murah dan bolehlah berjimat untuk kos penghantaran.
semakin jimat jimat margin keuntungan makin besar
dia cover semua kawasan ke?
tak pasti.. sy setakat ni guna untuk pos ke bandar besar jer