Categories
Umum

Tukar Sendiri Power Button Samsung Galaxy S3 Yang Rosak

Tukar Power Button Samsung S3 (2)

Dengan usia telefon Samsung s3 (i9300) mencecah 3 tahun, masalah kedua yang saya hadapi adalah ‘power buton’ yang rosak. Butang tersebut ‘tenggelam’ dan sukar untuk ditekan.

Setelah melihat video Youtube, saya mencari komponen butang tersebut di mudah.my, lelong dan beberapa laman web tempatan. Namun tidak berhasil menjumpai apa yang dihajati.

Akhirnya saya membuat pilihan untuk mencari di laman web Ebay dan menjumpainya iklan Blue Power Volume Home Button Set Replacement Part For Samsung Galaxy S3/i9300 dan membelinya dengan harga $1.99 (RM7.32)

Stok ada namun terpaksa menunggu lama kerana penghantaran dibuat percuma menggunakan pos biasa China Post. Hampir sebulan menunggu, akhirnya barang sampai.

Dengan belajar melalui video Youtube, butang tersebut agak mudah untuk ditukar sendiri. Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi. Cuma ‘tools’ kena cukup dan anda kena yakin.

Tukar Power Button Samsung S3 (1)

Oh ya, masalah sebelum ini adalah motherboard rosak dan ditukar percuma kerana masih dalam jaminan Samsung Malaysia.

Sebelum ini juga, saya pernah menukar USB Ribbon Samsung Galaxy Note 1 isteri saya kerana kesukaran untuk mengecas bateri.

4 replies on “Tukar Sendiri Power Button Samsung Galaxy S3 Yang Rosak”

kalau sekadar tukar power button ni.. agak mudah dan tidak melibatkan kerja soldering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.