Dengan usia telefon Samsung s3 (i9300) mencecah 3 tahun, masalah kedua yang saya hadapi adalah ‘power buton’ yang rosak. Butang tersebut ‘tenggelam’ dan sukar untuk ditekan.
Setelah melihat video Youtube, saya mencari komponen butang tersebut di mudah.my, lelong dan beberapa laman web tempatan. Namun tidak berhasil menjumpai apa yang dihajati.
Akhirnya saya membuat pilihan untuk mencari di laman web Ebay dan menjumpainya iklan “Blue Power Volume Home Button Set Replacement Part For Samsung Galaxy S3/i9300“ dan membelinya dengan harga $1.99 (RM7.32)
Stok ada namun terpaksa menunggu lama kerana penghantaran dibuat percuma menggunakan pos biasa China Post. Hampir sebulan menunggu, akhirnya barang sampai.
Dengan belajar melalui video Youtube, butang tersebut agak mudah untuk ditukar sendiri. Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi. Cuma ‘tools’ kena cukup dan anda kena yakin.
Oh ya, masalah sebelum ini adalah motherboard rosak dan ditukar percuma kerana masih dalam jaminan Samsung Malaysia.
Sebelum ini juga, saya pernah menukar USB Ribbon Samsung Galaxy Note 1 isteri saya kerana kesukaran untuk mengecas bateri.
Jimat tukar sendiri. Cuma bahagian elektronik agak susah sedikit kerana komponen jenis surface mount nak solder pun susah kalau tidak tool yang sesuai.
kalau sekadar tukar power button ni.. agak mudah dan tidak melibatkan kerja soldering.
Untungla pandai repair sendiri … jimat sikit.
ikut nasib juga ni..