Saya Terima Tawaran Itu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Syukur sangat kepada Allah SWT atas limpahan nikmat dan rezeki yang diberikan. Peluang untuk menjadi pemberita sambilan untuk Berita Harian Edisi Sabah saya terima setelah berbincang dengan isteri semalam.

Sememangnya harapan saya untuk menceburi dalam bidang penulisan yang lebih serius ada, walaupun pada awalnya ia sekadar impian mat jenin sahaja. Bermula dari blog My.Mustaffa itu, saya belajar untuk mencoret kata-kata. Saya tahu, apa saya minat.

Untuk menjadi pemberita sambilan, mungkin blog saya My.Mustaffa memberi satu kemudahan kerana saya ditawarkan menjadi pemberita untuk kolum Makanan dan Destinasi Pelancongan. Jelas nyata, pengisian info dalam setiap entri blog saya itu banyak kekurangnnya.

Untuk menghasilkan satu artikel yang berkualiti, maka banyaklah lagi info-info dan fakta-fakta yang perlu diketahui. Ini bermakna, kerajinan membaca dan menyelidik perlu ada. Dua elemen tersebut memang ada pada diri saya, namun perlu dipertingkatkan lagi.

Saya punya impian juga dalam bidang ini. Saya berharap artikel yang saya sumbangkan memberi kemudahan dan maklumat kepada para pembaca. Sememangnya banyak maklumat yang ingin dikongsikan.

Manalah tahu jika ada rezeki, artikel saya akan disiarkan di seluruh Malaysia dan bukan hanya untuk Edisi Sabah sahaja? Jika ianya terjadi, memang satu kejayaan yang amat bermakna bagi saya. Bermula dari menulis blog My.Mustaffa dan kemudian menulis ke dada akhbar. Memang bagaikan bermimpi mendapat tawaran sebegini.

Penulisan blog (stail saya) dan penulisan untuk akhbar memang jauh berbeza. Harap pasukan baru saya memberi bimbingan menjadi penulis dan secara tidak langsung menjadi jurugambar yang baik.

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

3 Comments on “Saya Terima Tawaran Itu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.