Minggu lepas saya menghantar kereta di bengkel untuk servis biasa. Jadi saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan menukar minyak enjin atau minyak hitam kereta.
Memang menukar minyak hitam kereta adalah suatu yang biasa, namun cara menukarnya mungkin membuatkan kita terkejut dan menggangap ia luar biasa.
Saya sudah berkereta selama hampir 10 tahun dan ini adalah kali kedua saya menggunakan servis sedutan minyak hitam. Ya, sedutan dari atas melalui lubang ‘deepstick’ enjin kereta.
Sebelum ini saya pernah sekali menggunakan cara sedutan minyak hitam dari atas semasa menukar minyak hitam kereta Proton Waja saya. Agak lama perkara ini berlalu dan minggu lepas saya menggunakan kaedah sedutan juga untuk kenderaan MPV pula.
Pada mulanya, saya tidak berapa setuju menggunakan kaeedah ini kerana ia agak baru bagi saya dan mungkin banyak kesan sampingan yang tidak diketahui. Sebelum kereta ditukar minyak hitam, sempat juga mencari maklumat mengenai kaedah ini di enjin carian Google. Tiada impak negetif dari pembacaan tersebut.
Selain itu, selepas mendengar penerangan dari pihak bengkel ternyata kaedah sedutan minyak hitam dari atas setanding dengan membuang minyak hitam dari bawah (buka nut oil sump) iaitu kaedah konvensional.
Sedut Minyak Hitam Kereta Dari Atas
Satu perkara yang menarik mengenai kaedah sedutan ini, kita boleh melihat jumlah minyak yang disedut dari enjin kenderaan. Ternyata jumlah yang disedut hampir sama dengan nilai segelen minyak dari jenis Liqui Moly Top Tec 4100 5W40 ( 4L ) yang digunakan sebelum ini. Nampak segala kotoran yang disedut keluar dari enjin.
Hampir 10 minit sedutan pertama dibuat, kemudian sedutan kedua pun mengulangi langkah yang pertama tadi. Ternyata, sedutan kedua masih ada sisa minyak yang disedut selepas berhenti seketika selepas sedutan pertama. Selepas proses sedutan minyak selesai, penapis minyak ditukar dan dikunci semula.
Saya menggunakan minyak pelincir dari jenis Liqui Moly Molygen New Generation 5W40 (4L) Fully Synthetic. Selepas hampir seminggu selepas menukar minyak hitam, prestasi kereta amat baik.
Saya amat berpuas hati dan rakan-rakan boleh mencubanya.
Kaedah ini lebih baik tuan admin berbanding buka nat di bawah. Kerana kalau yang buka nat dan tutup nat tu, jenis yang “kasar” pomennya akan merosakkan urat skru nat tersebut. Secara tak langsung kereta boleh “leaking” minyak hitamnya, sebab tu kalau kita perhatikan kawasan parking kenderaan, ada kesan tumpahan minyak hitam, berpunca dari minyak hitam yang keluar melalui lubang skru nilah tadi.
benar kaktimah, kalau jenis yang kasar memang akan merosakkan thread nat. cara ini memang lebih bersih dan nampak jelas kuantiti minyak yang disedut berbanding minyak yang dimasukkan sebelum ini.
oh baru tahu pasal kaedah ni. selama ni dok tengok kat bawah ja. Allahu. dapat ilmu baru harini 🙂
ya.. ramai yang tak tahu kaedah ni..
Adakah bila buat sedutan dari atas macam ni, proses dia lagi cepat berbanding cara biasa?
Berdasarkan pengamatan saya dulu, cara ni lebih cepat… mungkin sebab tu dibuat 2 kali kot
memang cepat dan lebih bersih
Sama je sebenarnya kaedah sedut minyak dari atas atau keluarkan dari bawah, pokok pangkalnya bergantung pada foreman tu.
Macam situasi encik mus, foreman tu sedut 2 kali, ada foreman yang sedut sekali je. Tapi apa yang saya pernah tengok, sedut dari atas lagi cepat…. kot… hahahaha
Cara servis begini rasanya lagi senang dan mudah untuk dilakukan… kurang berbahaya berbanding cara servis dari bawah.
ya memang betul. namun masih ada yang tak percaya kaedah ni sedut semua minyak dalam enjin. mungkin ianya jarang digunakan oleh bengkel.
Ooo ..baru tahu sekarang dah ada kaedah sedut dari atas. Selalu tengok yang buka nut dari bawah je.
benda ni dah lama, kita saja yang tidak terdedah dengannya.
Pertama kali tahu ada alat sedut minyak hitam macam tu.
Nampaknya, lebih cepat mereka buta kerja.
ya.. cepat dan bersih kerjanya
sejak thread nat kereta saya di rosakkan pomen saya cari bengkel yg guna cara sedutan ni… tak nak kejadian berulang
itu memang selalu terjadi thread rosak… pomen tak mahir buat kerja
Dah lama tak hantar servis tukar minyak hitam kat bengkel… Semuanya suami sy buat sendiri di rumah…