Beberapa hari lepas heboh dan tular mengenai cara menilai kenderaan lelong dari Jepun dengan SCRUT. Saya sendiri cukup teruja dan sedikit cuak untuk tahu keadaan sebenar kereta Toyota Wish kondisi ‘recond’ yang saya beli 2 tahun lepas.
Saya sebenarnya sudah tahu mengenai perkara ini namun menggunakan laman web ‘True Report‘ dan bayaran menggunakan kad kredit atau Paypal.

Memandangkan SCRUT boleh dibayar dengan kad debit biasa dalam Ringgit Malaysia, saya pun buat carian menggunakan no. chasis kereta dan ada rekod dipaparkan. Walaupun sudah ‘terbeli’ awal daripada tahu mengenai info begini, saya teruskan sahaja.
Bayaran untuk maklumat terperinci dari SCRUT adalah RM50 dan amat berbaloi untuk bakal pembeli baru daripada manipulasi pihak pengedar kenderaan terpakai.
Jadi inilah respon pantas dari pihak SCRUT.

Merujuk kepada laporan yang diberikan, maklumat adalah 90% sama dengan keadaan sebenar kenderaan semasa dibeli.
Kenapa 90%? Ianya kerana grill depan chrome dipasang dari model X (bukan chrome) dan saya beranggapan ianya kesilapan semasa restoration memandangkan banyak model kereta yang sama di tempat pengedar.
Biasanya, pihak pengedar akan ‘adjust’ kilometer supaya nampak penggunaan yang rendah namun pembeli ditipu tanpa sedar.
Selain itu, keadaan sebenar dari segi keadaan kenderaan seperti kerosakan, gred kereta, harga semasa lelong dan gambar semasa di lelong juga ada disertakan. Memang puas hati.

Agak menyedihkan kerana kereta saya adalah Gred 3 ( kondisi sederhana dan perlu dibaikpulih samaada pernah kemalangan atau kerosakan enjin). Tetapi perbatuan kilometernya tepat masa diterima dalam 16 ribu lebih KM.
Anggapan saya, perbatuan rendah mungkin lepas kemalangan ianya tidak gunakan sehingga dibaikpulih untuk lelongan.
Perkara dah berlalu terpaksa terima sahajalah. Tiada ilmu sebelum membeli.


Memang betullah kalau kita hendak membeli kena tahu asal-usulnya. Kenderaan terpakai pasti ada sejarahnya. Baik sejarah hitam mahupun putih.
Namun sepanjang 2 tahun penggunaan tiada masalah major berlaku dan saya amat berpuas hati.
Kereta masih dalam keadaan ‘Tip-Top’ setelah beberapa kali merentas kepulauan Borneo dari Sabah Ke Sarawak.
Oh ya, saya membeli kereta ini dari pengedar Anak Sabah Motor.
Kalau kereta bagus..puas hati membeli bro..
Alhamdulillah
benar sekali.. kepuasan dapat guna
jarang jarang kalau kita nak beli kita cek spek kereta dengan details kan.. bagus jugak cara ni.. anyway, thanks gor sharing the info..
biasa bila ada kes kena tipu barulah kecoh.. nasib baik kalau belum beli.. masih boleh buat pilihan
Thanks for the info. Kena share dengan suami ni pasal Scrut.my ni!
welcome!
betul nak beli kereta kena check betul-betul kalau tak duit lebur macam tu je kereta tak boleh pakai
ya.. nak guna bukan sehari dua ni
Bagus la SCRUT ni. Sayangnya hanya untuk kenderaan lelong dari Jepun ke. Harap ada la nanti untuk kenderaan dari negara lain.
sekarang dah boleh check history kereta recond dari UK juga
Memang betul2 kena check kalau recon ni. Kereta mahal3 org byk cari recon je sekarang
ya.. kereta recond banyak aspek kena ambil kira..
Bagus ada web camni..takde la rasa tertipu nak beli kereta Jepun nnt..
ya.. berbaloi bayar servis ni daripada kena tipu dealer
Saya pun pakai kerete 2nd juga Honda. Memula beli atas dasar kawan, pastu bnyk pulak msalahnye. Baguslah berkongsi info ni. Pernah aware juga pasal adjust kilometer tu. Sesiapa nak beli recond ni better check dululah.
ya.. sekali dah terbeli.. kita yang kena tanggung akibatnya.. mimpi ngeri jika dapat kereta yang worst condition nya..
Alamak ia keluar dalam bahasa jepun ker hehehe kita tak berapa faham kalau nak tengok tapi sikit-sikit tu tahu juga lah hehehehe. Bagus ada Scrut ini kerana banyak kereta import ni yang dah banyak diubah untuk jualan dan menipu pembeli..
mudah nak paham.. boleh translate ke english. biasalah diubah untuk keuntungan berganda. harga lelong kereta saya 30k begitu sampai malaysia mau dekat 100k termasuk cukai.. banyak tak untung dealer?
Terbaik info nih, saya nak kongsikan dekat suami saya sebab dia suka juga beli spare part dari jepun, moga suami dapat manfaat berkaitan prosedur nih sebelum membeli.
ya.. bagus share sebelum terkena..
few years jd officer penaksir utk kereta import ni, beri saya byk ilmu juga.
kekadang naik hairan, km nyer skit jer terus dah dijual as recond.
bcoz recond ni cukai nyer rendah. pernah skali check alphard.
mcm brand new. km tak sampai 5000. dah jadik recond.
ni dari aspek kastam la. ‘baru’ tapi ‘recond’.
bab recond kereta kurang baik pun byk. tang ni yg kena hati-hati 🙂
dpt yg bagus, alhamdulillah…
ya.. biasa yang mileage rendah biasa pernah kemalangan atau rosak enjin menurut dealer..
betullah, cek betul2 dulu sebelum beli. tak semestinya recond ni bagus2 belaka juga kan
ya.. ikut nasib juga sis..
terima kasih atas info dan maklumat. bolehlah nnti di masa depan saya gunakan info ni.
ya.. semoga bermanfaat kepada semua..
Selama ni takut je nak beli kereta recond ni, maklum byk yg kita tak tahu berkenaan kereta tersebut. Now dah ada web mcm ni, bolehlah kita check betul2. Terima kasih atas infonya
Alamak tak tau apa-apa bab kereta ni..kalau nak tau pun tanya suami..hehee..benda baru tau ni pasl scrut ni..boleh bgtau suami pasl ni
Have not thought of buying recon car but this is really over good info sharing!!!
Agak-agaknya ada tak website macam scrut.my ni tapi untuk info kereta second hand tempatan? Kalau ada kan bagus, senang nak check condition kereta sebelum beli dari used car dealer.
saya juga bercadang nak beli alphard. dah setahun belajar cara beli recond ni. terbaik artikel ni bro