Seronok Buat Vandalisme Tepi Pantai. Korang Pernah Buat Tak?

Salam Rakan Blogger..

Selamat berhujung minggu. Apa plan korang hari ni? Aku baru balik dari bermain dengan anak-anak di tepi pantai. Plan asalnya nak joging. Tapi tak jadi pulak. Baik main kejar-kejar dan main mola dengan anak-anak. Peluh pun keluar juga.

Mungkin tajuk entri kali ni agak kontroversi. Namun itulah hakikatnya. Vandalisme di tepi pantai. Namun.. vandalisme ni bukan yang tak baik.. cuma konsepnya sama dengan vandalisme yang biasa kita tengok iaitu menconteng!

Menconteng Pantai!

Memang seronok menconteng pantai. Aku tadi nak buat entri dengan cara ni, namun keadaan tak mengizinkan. Hero kami, Maikail yang pantang melihat apa aku conteng di pantai.. dia nak conteng juga.

 

Nak menulis ‘selamat pagi’ pun bukan main susah. Mikail pasti nak conteng juga.

 

Sand Artblogging tu.. aku saja memandai buat cara baru blogging. Cuma tu sahaja yang mampu aku tulis dan Mikail terus terjah hasil karya aku.

 

Amyra & Mikail memang gabungan yang mantap! Amyra juga tak melepaskan peluang membuat contengan di atas pasir.

 

Antara karya Amyra!

 

Mikail memang leka bermain pasir. Aku panggil suruh posing.. dia buat tak tahu jer.

 

Jemu menconteng, Mikail buka sandal dan main pasir. Memang jenis yang tak tahu takut/geli dengan kotor. Amyra pula memang tak mahu buka selipar. Geli katanya.

 

Sebelum balik sempat ajak Hannah bermain dan ambil gambar diorang ni semua. Happy melihat diorang..

 

Mikail tak nak pakai sandal sudah..

 

Pose comel Hannah!!

 

Amyra pun tak nak lepas peluang. Buat pose MODEL dia tu..

Minggu depan aku dah janji nak ajak diorang ni jalan-jalan lagi. Seronok hati bila melihat anak-anak seronok!!

19 Comments on “Seronok Buat Vandalisme Tepi Pantai. Korang Pernah Buat Tak?”

  1. seronok melihat anak2 seronok
    memang tak boleh disangkal lagi
    kalau boleh nak tengok mereka seronok hari2, sampai bila2
    hehe

  2. Nak kena saman ni.. he he..
    Creative la bro.. tak terpikir nak buat gitew lak.
    Tu main2 kat Perdana Park ke bro. Kawe belum sempat main kat sana lagi..Asyik ramai org ke buat masa ni… 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.