Seronok Melayan Karenah Anak-Anak

Salam rakan blogger..

Kini anak-anak dah ada bersama aku dan wife. Saat ‘honeymoon’ kami dah berakhir.

Memang seronok melayan karenah mereka. Tak terasa mereka dah semakin membesar.

Bila anak-anak dah ada kat rumah, mulut memang tak dapat diam. Agak bising mulut kerana anak-anak dah mula nakal.

Amyra pula dah pandai memesan barang untuk aku beli semasa balik kerja. Kalau tak coklat, air kotak pasti akan diminta setiap kali aku balik kerja.

Syukur ada anak-anak yang comel. Pengubat hati dan pengikat kasih antara aku dan isteri.

22 Comments on “Seronok Melayan Karenah Anak-Anak”

  1. Dah besar sikit memang mudah terutama anak lelaki saya sudah boleh mandi dan pakai baju sendiri cuma part main air dan sabung rasanya kita masa kecik-kecil dahulu mempunyai tabiat yang sama 🙂

  2. layan kerenah anak2 hilang segala keserabutan kat pejabat, hikmah yg allah taala berikan

  3. Seronok tengok org dah ada anak.. Tumpang gembira jelah…
    p/c : bilalah Jai nak kawin..he3

  4. Assalamualaikum, memang best ada anak-anak 🙂 …same la..dah pandai memesan, balik nanti beli aiskrim la..biskut la, buah la.. 🙂
    Alhamdulillah,,

    1. Waalaikumsalam..
      pesanan tu yang membuatkan kita tak sabar nak balik. pasti anak suka bila pesanan tu kita beli.. dan begitulah sebaliknya.
      kepenatan bekerja hilang bila melihat senyuman anak-anak ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.