Minggu lepas Amyra menyertai CK Classic International Taekwondo Championship 2016 yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras.
Sepanjang tempoh pertandingan, saya menjadi ‘suri rumah’ kerana isteri menemani Amyra di sana. Sepanjang 5 hari ketiadaan isteri, banyak juga perkara lucu yang berlaku.
Antara yang berlaku adalah;
Cuci baju di dobi layan diri – silap masukkan cecair pelembut dan pencuci pada slot yang sepatutnya. Buih semakin banyak dalam mesin tapi masa cucian tinggal kurang 10 minit. Hairan jugalah. Akhirnya ‘spin’ dengan baju masih berbuih. Ulang sekali lagi dengan kos kerugian RM5 (mesin 10kg) dan terbazir masa hampir setengah jam.
Masak nasi yang tak masak-masak – saya kalau setakat masak nasi memang tiada masalah kerana selalu juga memasak sendiri. Cuma minggu lepas, nasi dimasak tidak masak-masak. Hairan juga dibuatnya. Selepas diperiksa, periuk nasi lupa ditekan ‘cook’ cuma masih dalam mode ‘warming’.

Salah tumis perencah ayam kurma – hari tu anak-anak ‘request’ nak makan ayam masak kicap atau kari. Memandangkan 2 hari sebelumnya sudah saya masak menu tersebut saya memberi cadangan supaya ubah selera pula dengan memasak ayam kurma. Anak-anak setuju tetapi saya sendiri terpaksa membeli perencah kerana tidak tahu memasak menu ini tanpa perencah. Semasa memasak, kesilapan saya tidak menumis perencah ayam kurma tersebut dengan cara yang sepatutnya. Akibatnya, ayam kurma yang dimasak kurang ‘kick’ walaupun bahan-bahannya cukup. Nasib baik anak-anak tidak memilih.
Keliru dengan saiz pizza – selepas kejadian salah tumis perencah ayam kurma, saya tebuskan kesilapan dengan belanja anak-anak dengan pizza. Kalau bab membuat tempahan dalam talian Pizza Delivery ni, memang isteri saya yang biasa. Saya cuba tempah sendiri pada hari itu. Cuma saya hairan kenapa saiz pizza yang saya tempah kecil dari yang biasa isteri saya tempah. Rupanya saya keliru dan tersilap pilih saiz Personal 6″ , Regular 9″ dan Large 12″. Biasa dengan saiz Large 12″ tetapi terbeli saiz Regular 9″ . Patutlah saiznya kecil dari biasa. Harga pun sedikit murah.
Begitulah antara kisah yang berlaku sepanjang 5 hari menjadi ‘suri rumah’. Saya memang merasakan kepayahan mengurus rumah walaupun nampak mudah.
Hargailah isteri masing-masing ya!!
p/s: Oh ya, Amyra tewas dalam pertandingan taekwondo tersebut. Tidak mengapa kerana perjalanannya masih jauh dan akan cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi sokongan dan kata semangat.
Sekarang ini senang banyak rencah segera. 🙂
betul bro.. tapi kena masak ikut step dia juga.. 🙂
sesekali happy juga dpt bantu isteri…
Ya.. kalau boleh kena sentiasa bantu membantu
xpe bro, pasni bolehlah rajinkan diri tolong bini tu ya 🙂
Bukan senang orang nak akui kesilapan atau kelemahan
Tentu isteri En Mus hargai sangat sifat rajin En Mus
Belajar memperbaiki diri
Hahaha.. Saya dah terbiasa dengan kerja suri rumah nie.. Dari dulu lagi sebab isteri memang bekerja..
kalau dah biasa.. semuanya bukan menyusahkan.. dah jadi rutin.
terbaik.begitulah suami isteri. bantu membantu.heheh
terbaik.. yg penting menjadi juga akhirnya..
nasik boleh makan, lauk pun boleh makan..