Siapakah Yang Sudi Berkawan Dengan Amyra?

Salam Rakan Bloggers!

Melihat gambar di atas terasa kesian melihat gelagat Amyra. Menjenguk keluar tingkap melihat anak-anak kecil lain bermain di luar. Aku paham apa yang dilaluinya. Apakan daya keadaan tak mengizinkan.

Aku sebenarnya tak membenarkan Amyra bermain di luar kerana;

  1. Amyra tak biasa bermain secara beramai-ramai
  2. Amyra cepat menangis kalau apa yang dihajatnya tak tercapai (berebut bermain di playground)
  3. Amyra tidak faham bahasa asing. Budak di kawasan aku ni rata-rata Sabahan dan bahasa mereka aku sendiri pun kadang-kadang tak tahu. Amyra pasti akan berbahasa Melayu Sarawak. Macam mana mereka nak faham?
  4. Amyra susah nak diajak balik ke rumah bila dah leka bermain.
  5. Kenderaan lalu-lalang dan selalu dipandu laju.
  6. Sebab-sebab lain..

Oleh itu, aku biasanya mengajak anak-anak bersiar-siar di pantai dan tempat rekreasi yang lebih terjamin keselamatannya dan selesa kerana alat permainan yang lebih sempurna.

Semoga Mikail dan Hannah cepat membesar untuk diajak bermain bersama nanti.

21 Comments on “Siapakah Yang Sudi Berkawan Dengan Amyra?”

  1. good post…n thank for yout share,,,,salam ukhuwah…dan sebagai sarana silaturahim, saya sudah pasang link blog ini diblogroll “sahabat-sahabat ku dimalaysia” disidebar kanan, dibawah follower..tukaran link ya…untuk mempererat tali persahabatan sesama blogger…terima kasih

    1. @Wan Perlis,
      adik-adiknya menjadi kawan bermain..
      mereka gembira bermain..
      kadang-kadang ada bergaduh juga..

  2. erm dulu masa kecik2 …suka menjelajah..sampai tak ingat dunia… sampai magrib.. sampai kena marah… esok buat lagi…

    1. @klcitizen,
      betul tu..
      kita yang dewasa ni ada kala tidak memahami apa kehendak anak..

  3. sama laaa…
    dahlia pun risau dgn anak buah..3tahun dia duk kawan ngan kami yang tua2 ni..
    hope nnti bila dah sekolah, pandailah dia berkawan..dan ada kawan 🙂

  4. saya sudi berkawan dengannya bila saya ke sana nanti…

    adakah ini menjawab persoalan? oh tidak…

    be a good father for ur children… treat them well and Allah will bless u 4 ever..

    1. @syahirul,
      betul tu..
      anak anugerah Allah..
      anak untuk dihargai..
      bukan dibuang atau didera!!

  5. sama la ngan perangai anak sedara aku..sangat susah nak berkawan ngan orang..main adik beradik dia ja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.