Semalam adalah hari pertama Mikail dan Hannah menyertai Kelab TaeKwondo di Tuaran. Mereka begitu teruja untuk bermula. Memang ramai kanak-kanak menyertai kelas ini.
Kakaknya sudah hampir 2 tahun menyertai kelas ini.
Bagi saya, kelas seni mempertahankan diri ini bagus untuk disertai anak-anak. Selain belajar cara mempertahankan diri, daya keyakinan serta keberanian mereka semakin meningkat.
Anak-anak saya jenis yang kurang bergaul dengan orang lain. Setelah menyertai kelas ini, mereka sudah ada ‘kawan baru’.
Kelas diadakan banyak sesi dan mereka saya hantar pada hari Sabtu sahaja.
Untunglah kakak sudah ada kawan untuk berteman. 🙂