Categories
Keluarga

Apabila Anak Dah Ketagih Kartun

BOBOI BOY –  Siri animasi yang menjadi fenomena masa kini sedang menjangkiti anak aku-anak juga. Selain siri animasi Boboi Boy ni, Upin & Ipin turut menjadi tontonan mereka untuk kali yang ke berapa ntah.. aku pun tak tahu. Mereka ni cukup peka dengan masa siaran siri animasi ni.. siap tanya lagi aku dan isteri..

  • “hari ni hari apa?”
  • “sekarang pukul berapa?”

Kira ok juga, sambil menonton tu, ada juga benda baru yang dipelajarinya. Mikail sekarang sering meniru dialog dan secara tak langsung dia belajar becakap dengan lebih lancar.

Hannah pula hanya tahu ketawa sahaja bila abang dan kakaknya ketawa. Nampak gigi susu Hannah yang comel tu.

Apa yang lucunya, Amyra tak pandai sebut nama Gopal.. asyik tersebut nama Kupal saja… hihihi. Dia sekarang dah tahu semua channel kartun yang dia minat. Remote Astro tu memang dia yang punya!!

Sumber: http://www.animonsta.com

Categories
Keluarga

Hannah Dah Tumbuh Gigi Susu

Nacqrisma Hannah..

Inilah nama anak ketiga aku. Semalam cerita mengenai hero keluarga kami, Mikail. Hari ini nak bercerita mengenai Hannah pulak.

Hannah sekarang dah berumur seperti kat atas tu. Gigi Hannah baru kelihatan. Tak seperti Mikail.. usia 5 bulan sahaja Mikail dah tumbuh gigi susu. Aku pernah buat entri mengenai gigi susu Mikail tu. Agak lambat sedikit gigi Hannah tumbuh.. mungkin seperti kakaknya Amyra dulu.

Aku sangat sayangkan gigi susu anak-anak ni. Comelnya mereka apabila senyum dengan gigi susu tu. Gigi dah tumbuh bermakna penjagaan oral seperti gigi dan gusi kena dipertingkatkan.

Jadi aku nak kongsikan artikel penjagaan gigi dan gusi anak-anak ni..

Kepentingan Menjaga Gigi Anak Kecil

Pentingnya Menjaga Kebersihan Gigi & Gusi Anak Kita

Categories
Keluarga

Amyra Cantik Bertudung

Salam..

Petang Ahad lepas bawa anak-anak jalan-jalan tepi pantai. Malangnya cuaca agak mendung hari tu. Namun sempat jugak anak-anak berlari dan bermain.

Gembira melihat anak-anak ketawa. Mikail memang nakal dan amat fanatik dengan bola. Dia sekarang memang minat bola. Tengok saja iklan/cerita kartun Super Striker kat tv, terus minta bola.

Amyra pulak tiba-tiba nak pakai tudung hari tu. Cantik Amyra bertudung. Kalau isteri aku pakai tudung, secara tak langsung anak pun teringin nak pakai jugak.

Categories
Keluarga Kesihatan

Anak ke 3, Lelaki ke Perempuan?

Menjadi persoalan. Selalu bermain di minda sejak akhir-akhir ni. Aku tak kisahlah.. Asalkan anak yang bakal dilahirkan isteri aku nanti sihat walafiat.. Serah saja kepada Yang Esa.

Aku baru-baru ni belajar jugak dengan isteri macm manalah nak tahu perkembangan kandungan secara terperinci. Lantas, isteri aku menunjukkan 1 laman web kehamilan. Bagus untuk bakal ibu dan bakal bapa. Di laman web ini, kita tahu isteri kita hamil dah berapa minggu, hari.. Yang penting juga, kena tahu due date isteri akan bersalin bila.

pregnology2

Wah.. Hebatnya isteri aku. Aku sebelum ni cuma tahu bila ada appointment doktor, due date.. tu jer. Sekarang aku dah expert sikit.

Mengenang kembali kehamilan pertama isteri aku, kami kumpulkan banyak artikel kehamilan sehingga aku hasilkan sebuah blog kehamilan sebagai rujukan kami dan sesiapa sahaja yang memerlukan.

LOGOBiH

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan tahniah kepada isteri aku kerana menjaga makan minum aku dan anak-anak selama ini. Mama memang ‘The Best!’

Dan tahniah sekali lagi di atas kejayaan membina sebuah kedai online.

bannerKOM

Categories
Gambar Keluarga

Makanan Pertama Mikail & Gaya Rambut Baru Amyra

DSC 5361

Mammam… itulah perkataan lain bagi ‘makan’ dalam bahasa anak aku yang masih kecil. Mikail sekarang dah mula makan Bijirin Bayi Jenis Beras (Stage 1) sesuai dengan usianya 6 bulan. Pertama kali makan, memang dia kurang pandai. Tetapi selepas 2-3 kali, dia pandai dan makan dengan berselera sekali. Seronok melihat telatahnya… Berbaloi kerana rezeki yang aku dapatkan dengan bekerja dapat disalurkan kepada anak & isteri. Walaupun tak semewah yang diharapkan.. kira bersyukur kerana masih dilimpahkan rezeki oleh Allah S.W.T

DSC 5362 DSC 5363

Categories
Gambar Keluarga

Aksi Mikail Di Animasikan

mikailkuat11DSC 2479DSC 2479a

Banyak lagi grafik yang aku dah buat. Nanti aku publish. Pasti ada yang tertanya.. apakah perisian yang aku gunakan..

Update! 8/10/2009

Software ini dalam bahasa CINA/TAIWAN/JEPUN(aku pun tak sure bahasa apa). Tapi senang nak guna. Main tekan jer..Ni dia software tu boleh download dari laman webnya di http://percuma.cc/51 atau terus ke ‘installer’nya di http://percuma.cc/52

Tutorial.. aku mmg tak pandai nak buat. Dulu aku mula-mula guna software ini pun.. try & error. Selamat mencuba.

xiuxiu

Categories
Gambar Keluarga Umum

Aku & Keluargaku Di Hujung Minggu

DSC 4859

Hari ini hari Ahad. Seperti kebiasaan cuti hujung minggu aku habiskan dengan keluar makan angin dengan famili di tepi laut, di shopping complex. Tapi hari ini, aku nak habiskan masa hujung minggu dengan famili di rumah sahaja. Dah lebih 24 jam aku tak keluar rumah sejak pukul 6 petang semalam. Semalam dah keluar ke supermarket

Asyik jugak melayan karenah anak-anak. Amyra lain hal, Mikail lain hal.

DSC 4848 DSC 4849DSC 4850 DSC 4853

Mikail dah pandai memegang botol susunya. Sekarang dah suka minum air suam selain susunya. Makan bubur pun dah pandai.

DSC 4846 DSC 4847DSC 4857 DSC 4855

Amyra pulak hari ni asyik tonton cerita kartun di #613. Memang dia yang conquer tv. Aku malas nak mengacau. Bila aku pegang kamera, pasti dia mintak ‘shoot’.

Aku dan isteri sibuk melayan facebook, blog dan emel. Aku lebih banyak membuat blogwalking kat blog kawan-kawan. Isteri pulak, macam biasa melayan ikan di akuariumnya..

DSC 4891 DSC 4894

Hari ini aku berselera makan masakan isteri aku. Walaupun tak seberapa menunya, namun berjaya membuatkan aku menghabiskan nasi di peruk.. korang tekalah berapa pinggan nasi yang aku makan?

DSC 4832

Menunya;

  • Sambal belacan berlimau
  • Ikan terubuk masak steam (dari Sarawak)
  • Ayam goreng tepung
  • Sayur bayam
  • Telur goreng

Pastinya minggu depan aku akan habiskan masa dengan anak & isteri aku.

Categories
Gambar Keluarga

Mikail Dah Tumbuh Gigi Susu

DSC 4791

Pejam celik, Mikail dah ada gigi. Gigi yang dinamakan Gigi Susu! Dia juga dah semakin tembam dan lebih ‘hensem’ dengan kepala botaknya.

DSC 4795 DSC 4815DSC 4804 DSC 4819

Categories
Gambar Keluarga Umum

Beraya dengan Superhero!

DSC 2531

Entri ni asalnya semalam aku update. Kerana terlalu penat, laptop pun malas nak sentuh malam tadi.

Tajuk entri ni bukan bohong. Ianya benar dan disahkan! hahaha.. Sebenarnya, aku amat teruja kerana akan beraya dengan cahaya mata kedua aku yang aku anggap Superhero kerana dia adalah Anak Lelaki Pertama Aku & Cucu Lelaki Pertama keluarga aku. Kehadiran Superhero aku, Mikail sememangnya disyukuri kerana keluarga aku memang ketandusan kaum Adam. Kaum Hawa tu memang ramai.

DSC 2470 DSC 2471 DSC 2479 DSC 2497

2 minggu sebelum ‘terbang’ ke Sarawak.. aku rasa semakin bersemangat nak beraya. Pada 16 September 2009.. penerbangan dari KKIA ke Sibu. Aku dah mula menghitung hari. Persiapan raya yang aku buat adalah sederhana sahaja. Setakat ini, baju raya aku cuma sepasang saja dan sedondon dengan isteri aku Nur Fatihah, anak perempuan aku Nacqrisma Mia Amyra dan Superhero Aku Muhamad Nacqris Mikail. Isteri aku adalah 3-4 pasang baju raya. Tema tahun ni warna UNGU atau lebih dikenali warna purple! Tak sabar nak melihat Mikail memakai baju raya yang comel seperti pada gambar di atas/bawah tu!

DSC 2527 DSC 2530 DSC 2532

Raya kali ni memang amat bermakna bagi aku.

Categories
Gambar Keluarga

Mikail Sudah 4 bulan

papa

Pejam-celik pejam-celik, anak aku yang kedua, Mikail dah berusia 4 bulan. Sudah menjadi fitrah budak lelaki, anak aku memang seorang bayi yang cukup aktif dan lasak. Pada peringkat usia sebegini, dia sedang belajar meniarap. Yang lucunya, dia cuba meniarap sehingga menangis kerana tak berjaya meniarap. Alhamdulillah, sejak semalam dia sudah pandai meniarap dengan jayanya. Sekarang dah mula nak angkat punggung nak bergerak ke depan pulak.

DSC 1940 DSC 1941

p/s: anak aku mmg putih macam wife aku..