Categories
Pendidikan

Semakan Keputusan Permohonan Tawaran Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) KEMAS

Jawatan-Kosong-Jabatan-Kemajuan-Masyarakat-KEMAS

Merujuk kepada entri lepas –

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) Kemas Tahun 2014

Dimaklumkan bahawa Calon Sesi Temuduga Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) yang dijalankan mulai 18 Ogos 2014 boleh menyemak keputusan temuduga bermula pada 10 September 2014.

Tarikh akhir penyemakan keputusan temuduga adalah pada 24 September 2014 sebelum jam 12.00 tengahari.

Categories
Kerja Pendidikan

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) Kemas Tahun 2014

Jawatan-Kosong-Jabatan-Kemajuan-Masyarakat-KEMAS

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/ TASKA) KEMAS TAHUN 2014 YANG DIBUKA MULAI 16 Jun hingga 27 Jun 2014.

Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan sebelum memohon dan mengisi borang bagi iklan Tawaran Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika / Taska) KEMAS Tahun 2014.

Categories
Umum

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak- Kanak (TABIKA/ TASKA ) KEMAS Tahun 2013

Jawatan-Kosong-Jabatan-Kemajuan-Masyarakat-KEMAS

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2013.

SYARAT DAN KELAYAKAN

Pemohon mestilah warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang dari 21 tahundan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.

Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-

  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataun kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Kepujian Bahasa Melayu(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 Ogos 2013

Maklumat lanjut sila rujuk sini.  Borang permohonan pula, sila ke sini.