Categories
Permotoran

Motor Wiper Baru Untuk Proton Waja (Lucas)

Proton Waja Wiper Motor (2)

Sebelum ini, saya ada kongsikan kisah Wiper Kereta Proton Waja saya yang rosak. Pernah juga mencuba untuk membaikpulih motor wiper tersebut, namun tidak berjaya.

Memandangkan sesi persekolahan anak-anak akan bermula, saya telah menukarkan motor wiper tersebut untuk memudahkan isteri menggunakan kereta untuk menhantar dan menjemput anak bersekolah.

Motor wiper yang lama belum rosak sepenuhnya. Cuma ada masanya wiper tak berfungsi. Memang ikut nasiblah jika wiper tak berfungsi ketika hujan. Memang agak sukar memandu terutamanya ketika hujan dan waktu malam.

Saya ada mencari stok motor wiper ini di beberapa tempat menjual ‘auto part’ di sekitar Kota Kinabalu. Cuma Wiper Motor jenama Lucas sahaja yang ada. Motor Wiper jenama Lucas ini berharga RM165 dan boleh dipasang sendiri (plug & play).

Jika hendak memasang sendiri, kena cukup peralatan kerana ada bahagian yang sukar dibuka terutama bahagian yang bersambung dengan wiper link, ianya sempit.

Proton Waja Wiper Motor (1)

Motor wiper lama yang sudah dibuka.

Categories
Permotoran

Cubaan Repair Proton Waja Wiper Motor Yang Rosak

Proton Waja Wiper Motor

Kereta Proton Waja yang sudah berkhidmat belasan tahun merajuk lagi. Memang sakit mata juga dibuatnya bila memandu dalam hujan yang agak lebat dan pemanduan waktu malam memang mencabar kerana pandangan samar-samar.

Kerosakan yang tidak dijangka.

Kali ini, motor pengelap cermin (Wiper Motor) pula rosak. Pada mulanya saya mencari cara untuk membaiki sendiri motor wiper ini. Jumpalah beberapa artikel di blog. Jadi, saya cuba mana yang boleh.

Saya cuba membersihkan terminal plat tembaga (3 bilah) dalam gambar tu dan membengkokkannya sedikit supaya sentuhannya dengan motor wiper lebih kuat. Saya merujuk pada artikel Proton waja wiper tidak mahu berputar.

Jadi, memang berhasil dan wiper kembali menyapu cermin seperti biasa.

Namun, keesokkan harinya..

Wiper buat hal lagi. Kali ini, memang langsung tak mahu bergerak. Saya pun bawa terus ke bengkel memandangkan saya kebetulan berada di Pekan Tuaran.

Categories
Permotoran

Tukar Cermin Kereta, Demi Keselamatan Bersama

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama senyap dari menulis entri baru. Banyak sebenarnya ingin saya ceritakan. Namun kesuntukan masa dan tiada peluang.

Baru sahaja lepasa solat Jumaat. Tiba di pejabat dan keaadaan sunyi. Inilah saatnya menaip entri.

Semalam saya menukar cermin depan kereta waja saya. Lama juga cermin kereta saya sudah retak. Namun saya bertangguh.

Bila dah ada sedikit rezeki dan kelapangan, akhirnya saya tukarkan jua dengan cermin baru (double layer). Keselamatan kami sekeluarga lebih penting dari segalanya.

Alang-alang dah masuk kedai kereta, saya juga memasang tinted kereta. Barulah selesa memandu.

Posted from WordPress for Android