Categories
Umum

Memasang CyanogenMod Untuk Telefon Samsung Galaxy S III

CynogenMod Samsung Galaxy  S3

Selepas projek menukar ‘Power Button’ telefon minggu lepas, kali ini saya membuat perubahan besar kepada telefon bimbit saya.

Telefon Samsung Galaxy S3 saya sudah menunjukkan sifat ‘tua’nya selepas 2 tahun lebih berkhidmat dengan cemerlang. Telefon saya sering mengalami masalah sistem seperti process failed mengakibatkan SMS gagal dibuka, Whatsapp corrupted, camera gagal berfungsi dan beberapa masalah lain.

Sudah beberapa kali saya reset kepada ‘factory setting’. Tidak lama selepas itu masalah pada sistem operasinya akan bermasalah lagi.

Setelah merujuk beberapa forum pengguna android, akhirnya saya ambil keputusan untuk memasang CyanogenMod sebagai sistem operasi android yang baru pada telefon saya.