Categories
Santai

Mee Bihun Laksa Sarawak Keluaran Lee Fah

Mee Bihun Laksa Sarawak adalah makanan paling popular tempatan Sarawak yang dikenali di seluruh dunia. Namun Laksa Sarawak sudah banyak diperbagaikan variasi resipinya. Bagi saya, resipi asalnya adalah yang terbaik. Penyediaannya juga ringkas dan cepat serta mudah dimakan sesiapa sahaja.

Bagi anak jati Sarawak yang tinggal di perantauan, jika ada balik ke kampung halaman sudah pasti beberapa barangan lokal akan dibawa bersama kembali ke perantauan. Antara yang popular dan sering dikirim sebagai ole-oleh adalah seperti Kuih Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Pes Laksa Sarawak, Gambir Sarawak dan beberapa barangan lain termasuk pakaian tradisonal, kraftangan dan perhiasan wanita.

Jika ada yang terlupa membelinya boleh juga membeli secara dalam talian seperti Lazada, Shopee dan sebagainya.

Pada hujung minggu lepas, saya dan keluarga jalan-jalan di 1Borneo Hypermall. Semasa berada di Pasaraya Giants mata saya tertarik dengan bungkusan mee berwarna merah dan biru. Sekali diamati, ianya adalah Mee Bihun Laksa Sarawak keluaran syarikat paling popular di Sarawak iaitu Lee Fah.

Mee Bihun Laksa Sarawak
Mee Bihun Laksa Sarawak

Syarikat Lee Fah, Sarawak.

Bagi anak Sarawak, siapa yang tidak kenal Lee Fah. Baik anda malu! Banyak produk makanan berasaskan mee dikeluarkan oleh syarikat ini.

Mee Bihun Laksa Sarawak
Produk popular keluaran Lee Fah.

Saya membeli dua bungkus mee laksa tersebut dan isteri sekadar untuk mencuba sahaja. Sampai sahaja di rumah, isteri terus memasak sebungkus mee laksa dan dihidangkan tanpa menu tambahannya.

Kami jarang makan mee segera. Ternyata, sebungkus mee itu hampir tidak dapat dihabiskan oleh kami berdua. Nasib baik ada anak-anak yang mahu makan mee ini.

Pada pendapat saya, rasa Laksa Sarawaknya memang ada dan cukup menyelerakan.  Namun, jika anda mahukan ‘aksesori’ menu yang lengkap seperti taugeh, isi dada ayam, telur dadar dihiris halus dan sebagainya anda perlu tambah sendiri. Jika mahukan rasa berlemak lebih, anda juga boleh tambahkan santan.

Sebagai kesimpulannya, kami sekeluarga sukakan mee ini dan ianya mudah disediakan. Saya sendiri tidak sempat mengambil gambar semasa mee dihidangkan. Lapar..

Categories
Perniagaan

The Borneo Store – Web Jual Beli Produk Tempatan Sabah Sarawak

Laman beli-belah atas talian The Borneo Store (TBS) merupakan projek web yang sudah lama saya rancang. Rasanya sudah hampir 2 tahun  sebelum ianya saya realisasikan secara maya dan nyata.

Berpadanan dengan menggunakan nama Borneo, web jualan ini fokus kepada menjual produk tempatan Sabah dan Sarawak sahaja ketika ini. Belum lagi melebarkan sayap ke negara jiran seperti Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

Saya menawarkan produk yang sudah ada nama dipersada dunia seperti Kopi Tenom (paling laku) ketika ini.

Kopi Tenom & Teh Sabah
Antara Produk Popular Kopi Tenom & Teh Sabah

Di samping itu, saya ada memasarkan produk makanan tradisional seperti jeruk tuhau, ikan beliking bagi negeri Sabah.